Alam & Sains 14 Jul, 2021

COVID-19: Terengganu rekodkan empat kluster baharu dalam tempoh dua hari! Kluster komuniti!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Nor Azimi (tengah) mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai pegawai JKNT mengenai perkembangan semasa COVID-19 di Negeri Terengganu


TERENGGANU yang sudah beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memberi kejutkan dalam menghadapi pandemik COVID-19 apabila empat kluster baharu direkodkan di negeri itu dalam tempoh dua hari iaitu pada Isnin 12 Julai 2021 dan Selasa 13 Julai 2021. 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam satu kenyataan berkata, Kluster Pulau Serai dan Kluster Gajah Mati Bukit Besi merupakan kluster baharu yang dikesan di negeri itu setakat jam 12 tengah pada Selasa 13 Julai 2021.

Terdahulu, JKNT pada Isnin 12 Julai 2021 telah melaporkan Kluster Tanjung Gelam dan Kluster Tok Molor sebagai kluster baharu di Terengganu, dua kluster itu merupakan kluster komuniti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JKNT



Dalam perkembangan lain, JKNT merekodkan 93 kes positif pada 13 Julai 2021 dengan daerah Kemaman menjadi penyumbang tertinggi iaitu  41 kes, diikuti Marang (18), Dungun dan Kuala Terengganu (12), Kuala Nerus (8) dan Besut (2). Manakala Hulu Terengganu dan Setiu tiada sebarang kes.

Bagaimanapun, tiga daerah iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu kini menampakkan perkembangan positif apabila bertukar status dari zon merah kepada kuning. Manakala Marang zon jingga dan empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kekal zon merah.



Ketika ini Kampung Gong Pasir, Dungun, satu-satunya kampung  yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 4 Julai 2021.

Pengarah JKNT Dr Nor Azimi Yunus berkata, seramai 1,105 orang penduduk di lokaliti terbabit disasarkan untuk disaring dalam tempoh seminggu.

Katanya, seramai 81 kes telah dikesan daripada Kluster Gong Pasir dengan 929 masih menunggu keputusan. - KitaReporters


Dr Nor Azimi Yunus

8
3
3
0
5
You will be interested