PPIM lancarkan portal bagi membantu peniaga pasarkan produk secara dalam talian. - Kredit foto: MalaysiaGazette
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan portal MyBeli.com.my sebagai salah satu inisiatif bagi membantu peniaga memasarkan produk masing-masing secara dalam talian.
Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya juga ingin jadikan portal itu sebagai platform pertama mendaftarkan peniaga Islam yang mesra Muslim serta mematuhi syariah.
“Selain mematuhi syariah, portal diwujudkan oleh PPIM ini dapat membantu peniaga kecil dengan adanya kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memastikan perniagaan peniaga kecil lebih terjamin.
“Usaha ini satu pendekatan inklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan diri dalam perniagaan dalam talian bagi memperkukuhkan ekonomi masing-masing,
“Kita menyasarkan
lebih lapan juta pengguna akan mengakses portal ini berbanding kerjasama yang
pernah dijalankan bersama Perkeso sebelum ini,” katanya dipetik oleh Harian Metro,
24 April 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter