Alam & Sains 02 May, 2020

Bantuan untuk usahawan kecil! MARii sedia bantu selepas PKP

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

USAHAWAN mikro di negara pasti terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maklum sahaja banyak kedai terpaksa menangguhkan perniagaan mereka pada musim ini. Keadaan berkenaan pasti memberi kesan mendalam kepada usahawan kecil, sekali gus menjejaskan kewangan mereka. : KitaReporters

USAHAWAN perlu merebut peluang yang diberikan oleh MARii bagi meningkatkan tahap pendigitalan sebagai usaha tangani ekosistem perniagaan yang terjejas. 


Tapi jangan bimbang kerana selepas ini Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersedia untuk membantu usahawan berkenaan merancakkan semula perniagaan selepas tempoh PKP berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Madani Sahari berkata, inisiatif berkenaan dibuat bagi membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan tahap pendigitalan masing-masing sebagai usaha menangani ekosistem perniagaan terjejas akibat penularan COVID-19.

“Sebaik saja PKP berakhir, kita akan mulakan pelbagai program bagi mengembangkan lagi pengunaan teknologi digital dalam operasi harian PKS.

“Kami sedia memperluaskan kepada lebih ramai usahawan terbabit untuk menangani impak pasca-PKP yang menyaksikan perlunya mekanisma digital demi membantu lebih banyak syarikat PKS menghadapi kesukaran yang melanda,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Madani Sahari


Syukur ada juga yang ingin membantu… usahawan kecil apa lagi jangan lepaskan peluang ini!

Penularan wabak COVID-19 akan mengubah kaedah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat di dalam jangka masa panjang, seterusnya akan meningkatkan keperluan penggunaan teknologi digital di dalam operasi syarikat.

"Jadi syarikat perlulah memulakan “norma baharu” dengan patuhi SOP dan garis panduan kawalan kesihatan yang ditetapkan.

“Selepas PKP berakhir, kita bakal melihat perubahan terhadap corak dan tingkah laku pengguna, pastinya lebih berhati-hati dan lebih cenderung kepada membeli secara dalam talian dan akan mengakibatkan perniagaan tidak biasa dengan teknologi menjadi kurang relevan di dalam pasaran," ujarnya.

Bagi menghadapi perubahan berkenaan, pihaknya telah menyediakan program bersesuaian untuk usahawan dan merupakan peluang terbaik untuk meneroka peluang yang diberikan.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah melancarkan dua program sejak tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan penerapan teknologi bagi usahawan  iaitu program Pembangunan Teknopreneur (TDP) dan Program Platform Teknologi Pintar MARii  (MITP)

Madani menambah, TDP adalah untuk memperkasakan penggunaan sistem dan alatan digital di dalam operasi perniagaan.

Inisiatif tersebut telah membolehkan 10 syarikat mikro, kecil dan sederhana dalam industri kraf tangan, perabot dan makanan telah dipilih menyertai program selama enam bulan bagi menerapkan teknologi dalam reka bentuk produk, pengurusan operasi, pemasaran dan juga penjualan secara digital dalam perniagaan mereka.

Selepas PKP berakhir, pengguna lebih cenderung kepada membeli secara atas talian dan akan mengakibatkan perniagaan tidak biasa dengan teknologi menjadi kurang relevan di dalam pasaran - Kredit Foto: Ahmadsyarafi.com.


Semoga ada sinar baharu selepas ini dan pelbagai lagi usaha dilakukan bagi merancakkan semula usahawan kecil di negara kita.

Kalau bukan kita sendiri yang mahu tolong rakyat kita siapa lagi!

Kita jaga kita. Terima kasih MARii. - KitaReporter

usah

7
0
0
0
0
You will be interested