Alam & Sains 08 Jun, 2021

Berita Terkini| Hospital medan ATM pertama di Johor! Jangka beroperasi di HSA, JB 17 Jun 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Hospital Medan ATM dijangka beroperasi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 17 Jun 2021. - Kredit foto: Berita Harian


HOSPITAL medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama di Johor dijangka beroperasi pada 17 Jun 2021 ini bertempat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, tempoh operasi hospital medan itu bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.

"Hospital medan ini akan ditempatkan di pekarangan hadapan bangunan induk HSA dengan dilengkapi empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 katil wad secara berperingkat-peringkat.

"Pihak ATM juga bersetuju membantu sediakan fasiliti tambahan bagi perawatan pesakit Covid-19 di HSA. Kerja-kerja pemasangan aset dijadualkan dua hari bermula hari ini (Selasa, 8 Jun 2021).

"Selain petugas HSA yang akan bertugas di hospital medan ini, pihak ATM akan turut gerakkan tiga pegawai serta 30 staf teknikal (paramedik)," katanya dipetik oleh laporan Utusan Malaysia.

Tambah Vidyananthan, pengoperasian hospital medan itu juga hasil usaha dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0
You will be interested