Alam & Sains 04 Jun, 2021

Berita Terkini| Keputusan SPM 2020 diumum 10 Jun! Bermula 10 pagi! Hanya melalui portal, SMS!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Kenyataan media berhubung tarikh keputusan SPM 2020 turut dimuat naik dalam Facebook KPM


CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh menyemak keputusan masing-masing pada 10 Jun 2021 bermula jam 10 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan pada 4 Jun 2021 memaklumkan calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa kaedah termasuk secara dalam talian dan kiriman mesej ringkas (SMS).

“Menerusi dalam talian, calon boleh layari portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Calon  juga boleh dapatkan keputusan menerusi perkhidmatan SMS dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 10 Jun sehingga 6 petang, 17 Jun 2021.

“Bagi calon sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan kenal pasti calon berkenaan dan memaklumkan kaedah bersesuaian bagi dapatkan keputusan peperiksaan nanti,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi calon persendirian pula pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau pejabat pendidikan daerah akan kenal pasti dan beritahu cara yang sesuai jika calon berkenaan tiada capaian internet.

Kenyataan turut memaklumkan KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
1
0
0
0
You will be interested