KEJADIAN mati mengejut di dalam kereta bukanlah sesuatu yang misteri tetapi sudah acapkali berlaku dalam kalangan penguna-penguna atau pemilik-pemilik kenderaan di negara ini. Namun, kesedaran dan pemahaman terhadap punca kejadian itu masih dilupa dan diabaikan. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kematian:
https://kitareporters.com/search?search=kematian
Ramai antara kita (pengguna-pengguna kenderaan) menyedari atau tidak hal berlaku ‘kematian’ ketika berhenti rehat atau tidur sebentar di dalam kereta dalam tempoh kurang sejam, dengan keadaan penghawa dingin (aircond) beroperasi.
Banyak kes
telah berlaku kepada mereka yang terhidu gas
karbon monoksida (CO) ketika tidur di dalam kereta kerana kepenatan menempoh
perjalanan yang jauh dan mengambil masa lama untuk sampai ke destinasi.
Tahukah
anda karbon monoksida boleh membunuh?
Karbon monoksida (CO) adalah sejenis gas sukar dikesan kerana
ianya tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, serta juga tidak merengsakan.
Di samping kesan toksik atau racun gas tersebut akan menyebabkan
seseorang itu berasa sakit kepala, vertigo dan flu.
Pandangan dan pendapat seorang netizen berhubung kebocoran sistem ekzos kereta antara punca penyebab kematian seseorang di dalam kereta akibat terhidu gas karbon monoksida. - Ihsan media sosial
Bagaimana pula gas karbon monoksida ini boleh berada di dalam kereta ketika berhenti pakir walaupun enjinnya masih hidup?
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian dalam kereta kita sendiri iaitu:
1.Kebocoran ekzos kereta – secara mekanikal kebocoran
ekzos kereta akan menyebabkan gas karbon dioksida masuk ke dalam kabin
kenderaan tanpa kita sedari sama ada ketika kita sedang memandu atau ketika tidur.
2. Peningkatan karbon monoksida - kebocoran daripada
ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
3. Penurunan paras oksigen dalam darah - menyebabkan
kekurangan oksigen dalam darah dan kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan
air dalam badan dan akan mati ‘mengejut’ atau secara tiba-tiba.
Antara komen serta nasihat- netizen yang diberikan berhubung kes kematian terhidu karbon monoksida yang dialami mangsa-mangsa ketika tertidur di dalam kereta. - Sumber media sosial
Empat sahabat mengalami lemas karbon monoksida dan tidak sedarkan diri di dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Lebuhraya Utara-Selatan,Pulau Pinang. - Foto media sosial
Pada 17 September 2020 berlaku lagi peristiwa ‘malang’ dan kali ini menimpa
terhadap empat orang sahabat kesemuanya wanita berumur 21 tahun disyaki terhidu
gas karbon monoksida di dalam sebuah kenderaan Honda Odyssey dan mengakibatkan tiga daripadanya didapati maut
manakala satu lagi masih kritikal.
Kejadian sedih itu berlaku di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama
Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner
Shafee Abd Samad berkata, pihaknya mengesahkan insiden itu apabila menerima maklumat
mengenainya itu pada jam 1.40 pagi
Khamis, 17 September 2020 dari pihak Hospital
Seberang Jaya (HSJ).
Terdahulu Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni
Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan
Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi semalam.
Manakala Nor Adilah Mohd Safwan, 21,juga telah disahkan
meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan
Tentera Lumut.
Ketika ini, tinggal seorang lagi mangsa ‘gas racun’ iaitu
Nor Aqilah kembar kepada Adilah, yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU)
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Sehingga saat ini,ketika berita ini ditulis mangsa dalam keadaan kritikal.
Sehubungan itu, gesa netizen agar papan peringatan atau amaran dipasang di tempat-tempat letak kereta di kawasan R&R wajar dipertimbang dan dilaksanakan.
Malah amaran yang sama wajar ditampal pada papan pemuka (dashboard) kenderaan sebagai tanda amaran!! - Kitareporters
Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Keracunan_karbon_monoksida
https://says.com/my/seismik/terhidu-gas-karbon-monoksida-ketika-tidur-dalam-kereta-punca-3-sahabat-meninggal-dunia