Alam & Sains 11 Jan, 2023

Tip| Ubah cara tidurkan anak! Elak berlaku Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)! Kerosakan pada otak!

@adzin naim mohammad
Penulis merupakan pelajar lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Komunikasi Penyiaran. Berpengalaman dalam bidang kewartawanan, pengacaraan, penulisan skrip dan fotografi. Penulis juga merupakan seorang tutor yang mengajar dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu.

Share this


SINDROM Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) sering dikaitkan dengan kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan bekalan oksigen.

Selain itu, ia juga dikaitkan dengan masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme. Dan ini menyebabkan tiada mekanisme perlindungan untuk bertindak balas sekiranya bayi kekurangan oksigen atau dengan kata mudahnya lemas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi-bayi


APA ITU SIDS ATAU SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT?

Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara mendadak yang tidak dijangka. Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun.

Ada antara bayi yang dikenal pasti mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan bekalan oksigen. Ada juga yang berhadapan dengan masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme.

KAJIAN MENGENAI SIDS

Penilitian di Amerika Syarikat menunjukkan 95 peratus kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur enam bulan ke bawah dan 60 peratus daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara dua dan empat bulan.

Kajian lainnya menunjukkan 69 peratus kes SIDS berlaku di tempat tidur dan bayi lelaki lebih berisiko mengalaminya berbanding bayi perempuan.

Walaupun demikian, masalah ini masih tidak dapat dikenal pasti punca sebenar kematian.

Tekan untuk lebih penerangan mengenai: KEJADIAN SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME


ELAK SIDS DENGAN TIPS INI

1. Meletakkan bayi tidur dalam keadaan melentang.

Jangan biarkan bayi anda tidur secara meniarap kecuali sudah sampai usianya yang boleh mengiring dengan sendirinya.

Ini demikian kerana, posisi bayi tidur dengan cara meniarap atau telungkup menyukarkan bayi sukar untuk bernafas.


2. Memastikan permukaan tidur rata dan padat.

Anda disarankan untuk menggunakan permukaan tilam yang sedikit keras dan rata. Haaa keras? Untuk bayi?

Jangan cepat melatah, kenapa perlu tilam yang keras sedikit kerana katil yang lembut dan empuk boleh meningkatkan risiko bayi anda mengalami masalah sesak nafas.

Anda gunakan tilam yang sedikit keras dan rata. Jangan letak bantal tebal, mainan patung atau selimut tebal. Selain itu, pastikan bayi tidak berkongsi tilam dengan orang dewasa.


3. Gunakan katil bayi, bassiner atau katil bayi mudah alih.

Pernah berlaku satu di mana ibu bapa tertindih bayi semasa tidur menyebabkan saluran pernafasan bayi terhalang dan seterusnya meninggal dunia. Oleh itu sebaiknya, bayi jangan ditidurkan sekali dengan ibu bapa.

Di samping itu, sebaiknya bedung bayi anda semasa tidur. Pakaikan pakaian yang sesuai dengan suhu bilik dan keadaan sekeliling.


4. Pastikan tiada barangan gantung berdekatan.

Selain itu, elak mengantung atau meletakkan barangan lain berdekatan bayi anda.

Perkara ini boleh menyebabkan bayi anda tertindih atau tertimpa barangan berkenaan. Perkara mungkin jarang berlaku tetapi harus diingat, peratusan untuk perkara ini berlaku sangatlah tinggi.

Lazimnya, bayi yang kekurangan oksigen semasa tidur akan terjaga dan menangis. Akan tetapi, perkara ini tidak berlaku kepada bayi yang mengalami masalah kerosakan pada bahagian otak. Bayi ini kurang atau tiada langsung mekanisme perlindungan untuk bertindakbalas sekiranya lemas.

Jadi berhati-hatilah menjaga bayi anda. Ubah cara penjagaan bayi untuk mengurangkan risiko SIDS. - KitaReporters


15
8
0
15
0
You will be interested