Alam Canggih 03 Sep, 2021

Video| Pelik tapi benar! Ibu muda lahirkan bayi wajah orang tua! Sebab kondisi genetik pregoria

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Keadaan wajah seorang bayi perempuan yang berwajah seperti orang tua ekoran sindrom berkaitan genetik yang jarang berlaku. - Kredit foto: The Mirror.


Apabila bersalin, si ibu pasti ingin melihat wajah comel bayi yang dilahirkan. Namun alangkah terkejutnya apabila melihat bayi perempuan yang dilahirkan sifatnya menyeramkan, kelihatan wajahnya seperti orang tua.

Pasti terfikir adakah ia benar-benar bayi manusia atau makhluk asing. Peristiwa aneh dan menyeramkan ini dialami seorang wanita berusia 20 tahun.

....

Menurut pakar peerubatan kejadian ini jarang berlaku. - Kredit foto: The Mirror

Wanita yang dirahsiakan namanya, bersalin di kediamannya di pekan Libode, Cape Town, Afrika Selatan pada 30 Ogos 2021 lalu. 

Menurut laporan media tempatan, neneknya menelefon ambulans ketika dia hendak bersalin. Namun kerana kelewatan ambulans, wanita itu melahirkan bayinya di rumah dalam keadaan menyeramkan.

Selepas itu, baru ambulans tiba dan si ibu dan bayi itu dibawa ke hospital.

Menurut pakar perubatan, bayi itu mengalami kondisi yang dinamakan progeria, yang juga disebut sebagai sindrom Hutchinson-Gilford.

Ia merupakan kelainan genetik progresif yang sangat jarang berlaku. Ia menyebabkan penuaan kanak-kanak berumur sangat cepat, bermula pada dua tahun pertama kehidupan mereka.

...

Si ibu memperlihatkan bayinya yang berwajah seperti orang tua. - Kredit foto: The Mirror

Kebiasaannya, individu yang dilahirkan dengan kondisi progeria mengalami komplikasi kardiovaskular (jantung) yang teruk pada pertengahan usia remaja hingga awal 20-an.

Gejala dan penemuan tambahan juga mungkin berkaitan dengan keadaan tertentu, termasuk suara bernada tinggi dan tiada payudara. 

Punca penuaan yang cepat dikaitkan dengan sindrom Hutchinson-Gilford masih belum diketahui.

Sehingga 2020, Progeria Research Foundation International Progeria Registry mengenal pasti sebanyak 131 kanak-kanak dan orang dewasa muda di seluruh dunia menghidap kondisi progeria ini. - KitaReporters

15
14
0
12
0
You will be interested

Program Outreach Pekerjaan Terengganu! Tawarkan isi 800 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri!

Warga Terengganu diberi peluang untuk isi 800 kekosongan jawatan menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu bagi kurangkan pengangguran

Video| Hebatnya! Kereta paling mahal di dunia rupanya dipasang siap di Kepong! Korang tahu tak?

Bufori nama yang jarang didengar berbanding kereta di pasaran kini. Kereta mewah dipasang di Kepong itu dijual RM1.3j dan hanya mampu dimiliki golongan kayangan
Fariza Saidin in Alam Canggih 1 day ago

Video| TikTok kisah Mona Fandey raih 1j tontonan! Dya kumpul 140k pengikut dalam tempoh 3 bulan!

Bermula secara suka-suka, Nur Diyana Mohamad tak menduga dia kini adalah antara TikTokers yang meraih tontonan tinggi serta memiliki jumlah pengikut yang ramai
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Alam Canggih 1 day ago

Hebat ganu boh! 13k petugas barisan hadapan JKNT terima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19!

JKNT sediakan 6 hospital, 20 PPV milik KKM untuk pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan jabatan itu
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Terengganu akan bina sungai tiruan! Minimumkan kesan banjir di Kemaman, Chukai dan sekitarnya!

Projek pembuatan sungai tiruan bernilai RM300j bagi minimumkan kesan banjir di daerah Kemaman dan beberapa kampung di Chukai akan dimulakan awal Januari 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago