Alam Canggih 02 Sep, 2020

47 sekolah di Segamat! Ada sistem imbasan kesihatan digital!

@editor kitareporters
Editor KitaReporters Emel boleh dihantar ke kita.reporters@gmail.com

Share this

SEKOLAH-SEKOLAH di Segamat, Johor kini mula dilengkapi dengan kemudahan imbasan kesihatan digital seperti pengesahan wajah (facial recognition), pengesanan pelitup muka (mask detection) dan pemakluman suhu badan bersuara (voice alert temperature) bagi mencegah penularan dan perebakan kluster baharu Covid-19 dari sekolah-sekolah di kawasan tersebut. : KitaReporters

Ahli Parlimen Segamat, Dr Santhara Kumar dan Pengetua Sekolah Tinggi Segamat, Rohaya Md Zain


Lagi cerita-cerita berkaitan negeri Johor:

https://kitareporters.com/search?search=johor 


Menurut satu kenyataan media, sistem imbasan kesihatan digital 3 dalam 1 ini menggunakan modul pengukuran suhu berketepatan tinggi sehingga +/- 0.3 darjah Celsius. 

Selepas penutupan pada 18 Mac 2020 berikutan dengan kerisauan akan pandemik global yang makin serius, sekolah-sekolah di seluruh negara telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2020 dengan pematuhan Garis Panduan Operasi (SOP) kerajaan yang ketat. 

SOP Kementerian Pendidikan (KPM) mewajibkan semua pelajar, guru dan pelawat untuk melakukan semakan suhu badan harian. Individu yang mencatat suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius, tidak akan dibenarkan untuk memasuki kompaun sekolah. SOP ini turut melarang semua aktiviti sukan, luar kelas dan aktiviti- aktiviti kokurikulum pelajar.

Berikutan dengan keputusan kerajaan dalam membuka semula sekolah-sekolah, Ahli Parlimen Segamat, Dato Seri Dr Santhara Kumar,  selaku Timbalan Menteri Kementeriaan Wilayah Persekutuan, telah serta merta melancarkan pelan tindakan dua (2) fasa untuk melengkapkan kesemua sekolah dalam kawasan pilihan raya Parlimen tersebut dengan alat pengesanan wajah dan suhu badan.  

Kesemua sekolah turut juga disediakan dengan 2 ke 3 pengimbas suhu badan gengam (tuju dan periksa) bergantung kepada populasi pelajar.


“Kami harap dengan lengkapan alat pengesan ini, kita dapat cegah penularan dan perebakan terkejut kluster baharu Covid -19 di sekolah-sekolah di Segamat,” menurut Dr Santhara dalam kenyataan media tersebut.    

Alat baharu tersebut akan beroperasi secara serentak dalam mengesan wajah, merekod suhu badan, memadankan dengan data sekolah pelajar, menyimpan maklumat harian ini dan memudahkan rujukan pada mana- mana tahap. 

Menurut Labquip (M) Sdn Bhd, pengedar alat tersebut, sistem tersebut adalah unik. 

Ia menggunakan skrin HD sebesar lapan (8) inci dengan ketepatan suhu sehingga 0.3 darjah Celsius. Sistem tersebut mempunyai Pengesanan Binokular Langsung (Binocular Live Detection) yang boleh membezakan tulen dan palsu, dalam mengurangkan risiko penipuan pengesanan wajah. 

“Ia akan mengurangkan kesilapan manusia dan beban tugas para guru. Data yang direkod adalah tepat mengikut pelajar secara individu”, kata pengurus produk, Jaya Prakash Rao.


Di bawah pelan tindakan ini sebanyak 47 buah sekolah di Segamat akan dilengkapi dengan Pengesahan Wajah Automatik, Penaksiran Suhu Badan dan Pengesanan Pelitup Muka, system 3 dalam 1, yang diharapkan akan menjamin kesihatan para pelajar dan mencegah daripada terbentuknya kluster baharu secara mengejut dalam kalangan sekolah- sekolah tersebut. 

Setakat ini, sebanyak 20 buah sekolah yang melibatkan lebih kurang 39,000 orang pelajar telah dipasang dengan system mudah alih yang berharga RM6,000 satu unit. Ini termasuk sekolah-sekolah Jenis Cina, Tamil dan sekolah- sekolah agama yang terdapat di lingkungan kawasan Segamat. 

Rohaya Md Zain, pengetua Sekolah Tinggi Segamat merangkap salah sebuah penerima bantuan, berkata ia menjadi satu kelegaan apabila sebahagian daripada SOP telah diautomasikan. 

Menurut beliau, para guru terpaksa bertugas secara fizikal dalam mengambil butiran dan mengawasi para pelajar mengikut SOP KPM, termasuklah penjarakan sosial, apabila sekolah mula beroperasi. 

“Proses automasi baharu ini, telah meringankan beban para guru dan memudahkan pengoperasian SOP,” menurut beliau, dalam kenyataan media yang sama. 

Pada 1 Julai 2020, KPM telah mengumumkan tiga (3) model yang boleh diadaptasi oleh sekolah- sekolah, berdasarkan ketersediaan ruang, apabila operasi dijalankan semula, mengikut keadaan norma baharu. 

Majoriti sekolah di Johor telah memilih Model 1, iaitu sistem satu sesi, meliputi aspek penjarakan sosial. Hanya 15.8% sekolah, dengan kekangan ruang, telah memilih Model 2, sistem dua sesi. - KitaReporters

You will be interested

Video| Pembedahan kosmetik: Industri lumayan lahirkan insan bagai boneka! Lelaki pun do over!

Setakat ini difahamkan ada 12 klinik terbaik di seluruh negara tawarkan pembedahan kosmetik untuk besarkan payu dara, kecangkan otot dada, wajah dan sedut lemak

Video| Argentina dilanda tornado nyamuk? Pembiakan luar biasa nyamuk selepas dua minggu hujan

Argentina dilanda hujan lebat selama dua minggu sehingga sebabkan banyak takungan atau lopak air yang jadi punca pembiakan nyamuk dengan cepat dan berleluasan
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 16 hours ago

Video| Fenomena hujan batu di Cheras ketika cuaca panas melanda! Ikuti penjelasan MetMalaysia

Hujan lebat bersama ketulan air batu landa beberapa kawasan di Cheras seperti Taman Leng Seng, Taman Tun Perak, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Cheras Utama
Abdul Hafiz Ahmad in Alam Canggih 18 hours ago

Video| Rahsia Rani 22 tahun sanggup berkahwin dengan Redza 70 tahun? Kisah benar atau Face up?

Video pasangan beza usia 48 tahun kini tular. Video itu perlihatkan seorang wanita, Rani berusia 22 tahun berkahwin dengan seorang datuk, Redza berusia 70 tahun
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 1 day ago

Tahniah IPD, OCPD Besut! Dua suspek pengedar berbahaya dadah langgar MPV polis berjaya ditahan

Ketua Polis Daerah Besut, Abdul Rozak beritahu dua pengedar dadah jenis methamphetamine diberkas selepas langgar dua kereta peronda polis untuk melarikan diri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago