Alam & Sains 26 Dec, 2021

Pertama di Malaysia, ASEAN! Cadangan bina kilang sisa pepejal guna teknologi Jerman di Perak!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this



Oleh: AMIR HAMZAH YOT


DAERAH Larut, Matang dan Selama, serta Kerian di Perak menjadi lokasi cadangan bagi projek mereka bentuk, membina, kewangan dan operasi kilang sisa pepejal dengan menggunakan teknologi terkini dari Jerman.

Sekiranya pembinaan kilang berkenaan dapat direalisasikan di dua daerah tersebut, ia sekali gus menjadikan Perak sebagai negeri pertama di Malaysia dan rantau ASEAN menggunakan teknologi tercanggih, Mechanical-Biological Treatment (Rawatan Mekanikal Biologikal) atau MBT.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sisa pepejal

Yaakop Daut (kiri) menyerahkan kertas cadangan membina kilang sisa pepejal bagi daerah Selama kepada Nor Akmal Yang Ghazali di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Selama, Perak pada 21 Disember 2021.


Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengerusi Syarikat YCB Holding (M) Sdn Bhd, Yaakop Daut sewaktu sesi pembentangan kertas kerja dan taklimat cadangannya bagi membina sebuah kilang sisa pepejal di daerah Larut, Matang dan Selama, serta Kerian pada 21 Disember 2021 lalu. 

Bagaimanapun, projek yang membabitkan kos ratusan juta ringgit itu akan dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Perak.

Terdahulu, pada 23 Mac 2021 dan 23 November 2021, Yaakob telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan mengenai perkara itu dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi.

Menurut Yaakop, projek cadangan yang menyasarkan kepada semua majlis daerah dan majlis perbandaran di Perak itu mampu menjimatkan kos operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Menerusi perjumpaan dengan Datuk Nolee Ashilin, beliau menyatakan persetujuan dari segi dasar konsep dan teknologi dari German itu ditransformasikan kepada semua PBT di seluruh daerah di Perak.

“Beliau (Nolee Ashilin) menasihatkan serta menyarankan pihak kami berjumpa serta berbincang terus dengan PBT terlibat,” katanya.


Nolee Ashilin Mohd Radzi (tiga dari kanan) bersama kumpulan pengurusan YCB Holding (M) Sdn Bhd dalam satu perjumpaan dan perbincangan baru-baru ini.


Sementara itu, Majlis Daerah Selama (MDS) mengalu-alukan  syarikat YCB Holding (M) Sdn Bhd mendirikan kilang sisa pepejal menggunakan teknologi dari Jerman sebagaimana yang dicadangkan.

Yang Dipertuanya, Nor Akmal Yang Ghazali berkata, kilang terbabit memberi kemudahan kepada MDS dan Majlis Daerah Kerian (MDK) melupuskan bahan sisa pepejal mereka di kilang berkenaan.

Menurutnya, pihaknya berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan oleh pihak YCB Holding dan memberikan cadangan yang cukup lengkap.

“Pihak YCB mempunyai proposal yang memuaskan kerana mampu menyelesaikan masalah sisa pepejal di daerah ini  bermula dari pungutan hingga kepada pelupusan.

“Melalui pembinaan kilang sisa pepejal yang dicadangkan di Alor Pongsu, ia akan memberi kemudahan kepada MDS dan  MDK melupuskan bahan sisa pepejal di situ.

“Menerusi sesi pembentangan dan taklimat disampaikan, pihak YCB Holding memaklumkan adanya kemudahan kilang berkenaan kelak ia boleh menjimatkan kos operasi MDS selain menjana pendapatan MDS melalui perkongsian keuntungan korporat,” ujarnya.


Nor Akmal mempengerusikan Majlis Taklimat Pembentangan kertas cadangan mereka bentuk, membina, kewangan dan operasi kilang sisa pepejal di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Selama, Perak pada 21 Disember 2021.


Untuk info, YCB Holding bercadang mendirikan sebuah kilang berskala kecil membabitkan kos lebih RM3 juta di Alor Pongsu di Kerian, Perak bagi kemudahan dua PBT iaitu MDS dan MDK untuk melupuskan sisa pepejal masing-masing.

Setiap syarikat yang berminat melabur dengan membina kilang sisa pepejal mestilah memberi keuntungan kepada kedua- dua belah pihak.

Terdapat beberapa cadangan termasuklah YCB Holding akan memajak tanah PBT seluas kira-kira 10 ekar sehingga tamat tempoh konsesi selama 30 tahun dengan YCB akan bayar sewa pajakan RM300,000 setahun.

Selepas menandatangani perjanjian dalam tempoh 45 hari, YCB akan bayar sewa pajakan untuk 10 tahun pertama sebanyak RM3 juta dan beri 10% keuntungan kepada PBT. - KitaReporters


14
13
0
16
0
You will be interested