Canggih 27 Jun, 2020

Terengganu benar penjaja jalanan! Jaja dekat lampu isyarat!

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin, di Hulu

Share this

NASIB penjaja jalanan terutama yang berniaga di persimpangan lampu isyarat dan laluan utama di  beberapa bandar negeri ini mendapat perhatian kerajaan negeri apabila diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti menjaja di lokasi terbabit. Bagaimanapun, kelonggaran yang diberikan berbentuk sementara itu perlu mengikut syarat dan pematuhan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). : KitaReporters

 

Penjaja jalanan dibenarkan berniaga sementara di Terengganu


Selain itu, penjaja terbabit juga perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak penguasa tempatan serta peraturan jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, kebenaran itu diberikan selepas peniaga termasuk penjaja mengalami kemerosotan jualan ekoran pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman 


Katanya, langkah tersebut tidak bermaksud kerajaan membenarkan aktiviti itu dijalankan dengan tidak mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita memahami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu hingga sekarang semua orang susah disebabkan pergerakan terbatas.” Katanya.

Beliau berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi peluang kepada rakyat dalam tempoh dua bulan ini untuk menjana kembali pendapatan mereka. 

Katanya, pihak terbabit sudah berbincang dengan pihak penguat kuasa untuk tidak mengambil tindakan kepada penjaja jalanan.

Mohd Nurkhuzaini berkata, setiap penjaja perlu mengikut peraturan ditetapkan ketika menjalankan operasi perniagaan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKPP.

Ramai remaja di Terengganu memilih menjalankan perniagaan jalanan di persimpangan jalan raya utama sebagai sumber rezeki


“Undang-undang ada, sebab itulah mereka perlu mengikut peraturan ditetapkan. 

"Jika tidak mengganggu lalu lintas biarlah mereka untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri tidak membenarkan aktiviti menjaja di kawasan persimpangan lampu isyarat kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Lalu Lintas 1959 serta Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993. - KitaReporters

You will be interested

Isu pantang-larang! Biadab! Samakan Dr Amalina dengan Yahudi

Dr Amalina Che Bakri kecewa dan kesal dengan seorang netizen kerana berdebat dengan memetik nama ibunya serta seterusnya menyamakan ibunya dengan Yahudi

Gara-gara tinggalkan rumah 3 bulan! Ubi kentang jadi pokok!!

Donna Poree pulang ke rumahnya selepas hampir 3 bulan meninggalkan kediamannya. Dia mendapati pokok berupa tunas daripada ubi kentang menjalar di kabinet rumah
Zuhayati Yazid in Canggih 20 hours ago

12 pemain e-bola sepak bertarung! Rebut juara Liga eMFL 2020

Disiarkan secara langsung melalui laman FB rasmi, eMFLmy sehingga 10 Julai, eMFL melibatkan pemain-pemain e-bola sepak berdasarkan nama 12 pasukan Liga Super
Abdul Hafiz Ahmad in Canggih 1 day ago

Baru 12 tahun! Alyssa Dezek beli Vellfire hasil dari YouTube

USIANYA baru 12 tahun, tetapi Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu ‘cover’ di YouTube sejak berusia 4 tahun kini berjaya membeli kereta idamannya
Fauzan Ahmad in Canggih 1 day ago

Rezeki medsos? 10 selebriti Indonesia jadi Youtuber terkaya

SEJUMLAH selebriti Indonesia mulai beralih ke media sosial (medsos) bagi meraih keuntungan. Salah satu platform media sosial yang menjadi sasaran adalah YouTube
Fauzan Ahmad in Canggih 1 day ago