Alam & Sains 29 May, 2021

 Berita Terkini| PKPD di Manjung: Polis kini guna dron pantau pematuhan SOP! Bantuan TLDM, APM!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Kes positif baharu direkodkan di Malaysia pada 29 Mei 2021 sebanyak 9,020 kes termasuk  272 kes di negeri Perak


POLIS kini menggunakan dron bagi pantau pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di mukim dalam daerah Manjung, Perak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata berdasarkan perancangan dron bakal digunakan di tiga lokasi berlakunya kes jangkitan Covid-19 tinggi iaitu Kampung Pasir Panjang dan Manjung Point dalam mukim Sitiawan serta di mukim Lumut.

“Penggunaan dron ini sebagai peringatan kepada penduduk, pihak berkuasa tidak hanya jalankan  pemantauan melalui rondaan biasa tetapi juga melalui udara sepanjang tempoh PKPD  sehingga 11 Jun 2021.

“Kita akan meminta bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi penggunaan peralatan tersebut,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia, 29 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak polis akan sentiasa disemak dan berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian keadaan termasuk menambah bilangan SJR. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested