Alam & Sains 14 Aug, 2020

Fenomena awan tsunami! Usah panik! Kejadian biasa awan arkus

@nurul ili nadiah jamian
Berpengalaman luas dalam bidang penulisan selama 3 tahun. Aktif menggali cerita sensasi dan hangat yang terkini sama ada dalam atau luar negara. Sentiasa memegang 'moto' "biar ringkas asal tepat" dalam setiap penulisan.

Share this

BANDA Aceh yang terletak di Indonesia nampaknya sudah sinonim dengan fenomena alam atau bencana yang membimbangkan. Kajian Badan Nasional Dan Kesiapsiagaan Aceh menjelaskan hal ini demikian kerana Aceh merupakan salah satu wilayah yang berhadapan dengan kawasan perairan laut, sekali gus berpotensi sebagai tempat risiko bencana. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita dari Indonesia

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Aceh juga berada di titik pertemuan benua Eropah-Asia dan Indo-Australia di mana strukturnya mampu mengundang pelbagai fenomena alam bukan sahaja tsunami dan gempa bumi malah musibah lain juga boleh berlaku.

Ternyata kita Di Malaysia harus bersyukur kerana kedudukan kita terletak di garisan Khatulistiwa dan risiko bencana alam untuk berlaku amat minimal.

Tanggal Isnin, 10 Ogos 2020  lalu, penduduk Aceh digemparkan dengan suatu fenomena pembentukan awan yang besar mirip gelombang tsunami. 

Ramai penduduk di sana amat panik kerana gumpalan awan yang berwarna pekat hitam itu amat menakutkan dan mengaitkannya dengan mitos kepada bencana. Ada penduduk yang mengatakan kemunculan awan itu menyerupai gelombang tsunami yang memilukan pada tahun 2004.

Awan berbentuk Tsunami mengundang resah orang ramai. Kredit Foto: Tribun


Anda rasa adakah kejadian alam seperti ini menjadi petanda Aceh bakal dilanda musibah besar?

Jawapannya tidak! Memetik kenyataan Kompas.com, Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Daerah Aceh Barat, Mukhtaruddin memberitahu kejadian awan yang dikenal pasti sebagai awan arkus itu hanyalah kejadian yang biasa.

"Tetapi kita minta orang ramai berwaspada kerana kemunculan awan itu akan disertai hujan lebat."

Faktor Awan 'Tsunami' Muncul

Untuk pengetahuan anda, awan Arcus boleh diklasifikasian kepada dua jenis awan iaitu awan gulungan (roll clouds) dan awan landas (shelf clouds). Gumpalan awan tersebut terhasil daripada angin dingin seperti angin laut yang gagal menjadi ribut. 

Ketua Data Agensi Meteorologi, Kajicuaca dan Geofizik (BMKG) Indonesia Stesen Sultan Iskandar Muda, Zakaria menjelaskan, fenomena seperti itu juga kebiasaannya berada pada fasa rendah.

"Awan yang menyerupai ombak ini amat jarang berlaku. Ia sebahagian daripada awan kumulonimbus yang biasanya berada pada tahap yang rendah. Ia juga boleh menyebabkan terjadinya kilat dan petir."


Pernah Terjadi di Malaysia

Jangan pernah ingat fenomena luar biasa ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Sekitar tahun 2012, ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu dikejutkan dengan keajaiban memukau mata ini.

Ketika itu, orang awam yang melihat merinding dan telah bersiap sedia atas segala kemungkinan badai yang bakal melanda. 

Namun, permandangan itu berlaku kerana pengaruh dan angin taufan yang bergerak menuju Filipina. Setelah munculnya awan berkenaan, cuaca sememangnya mendung seterusnya hujan lebat dan sedikit ribut.

Untuk makluman anda, fenomena mengerikan di Aceh itu hanya terjadi selama setengah jam sebelum ia hilang dibawa angin, sekali gus menjadikan suasana di Wilayah Aceh Barat itu mendung sepanjang hari. - KitaReporters

Awan "tsunami" yang berlaku di Sabah pada 2012. - Kredit foto: TribunNews.com

2
1
0
0
3
You will be interested