Alam & Sains 28 May, 2021

Berita Terkini| Rakyat Pahang diseru segera daftar suntikan vaksin! Hanya 34.6% sudah daftar!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

RAKYAT Pahang dirayu supaya segera mendaftar diri dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu penting ke arah mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat dengan segera yang akan turut membantu memutuskan rantaian penularan Covid-19 di negeri ini.

“Sehingga kini peratusan dan jumlah rakyat kita yang telah mendaftar masih rendah hanya kira-kira 34.6 peratus atau kira-kira 415,000 orang daripada sasaran seramai 1.2 juta rakyat di negeri ini.

“Ini bukanlah pencapaian membanggakan, oleh itu, kerajaan negeri mahu agar sasarannya tercapai demi memelihara kesihatan dan manfaat rakyat Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di Kuantan pada Jumaat, 28 Mei 2021.

Katanya semoga usaha bersama dan tidak jemu-jemu rakyat Pahang untuk #kitajagakita demi membendung seterusnya mengatasi wabak Covid-19 ini berjaya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Wan Rosdy ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, February lalu. Kredit Foto Berita Harian.

0
1
0
0
0
You will be interested