Alam Canggih 03 Nov, 2021

McD & RMHC ceriakan 12k kanak-kanak kurang bernasib baik!  Anjur parti McD, sambut hari lahir!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


MCDONALD'S dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (Ronald McDonald House Charities atau RMHC) telah menceriakan 12,000 kanak-kanak dari 40 rumah kebajikan di seluruh negara menerusi Program Komuniti @ McD & RMHC.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata pihaknya menganjurkan Parti McD bagi meraikan sambutan hari lahir kanak-kanak berkenaan dengan set hidangan Happy Meals dan kek.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan McDonald's



Menurutnya, inisiatif dilaksanakan sempena Bulan Komuniti McDonald’s ini merupakan sebahagian daripada Program Komuniti @ McD & RMHC yang mula diperkenalkan pada tahun 2017.

“Program ini menggambarkan matlamat restoran khidmat segera McDonald’s yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat dan seiring dengan komitmen kami untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Selain set hidangan dan kek hari jadi, terdapat pelbagai permainan dan aktiviti menarik turut disediakan kepada golongan kanak-kanak terlibat dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.

Tambah beliau, sebanyak RM350,000 dibelanjakan  bagi menganjurkan Parti McD dan sumbangan barangan seperti tilam, bantal, sarung tilam dan cadar kepada rumah-rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Katanya lagi, dengan sambutan hari lahir diadakan pihaknya berharap ia dapat memberikan pengalaman menyeronokkan dan kenangan manis akan sentiasa diingati oleh kanak-kanak berkenaan.


Pelbagai permainan dan aktiviti turut disediakan sepanjang sambutan Parti McD.


Sementara itu, untuk info bulan Komuniti McDonald’  diadakan pada setiap Oktober dan kini memasuki tahun kelima pelaksanaannya untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan setiap tahun di bawah Program Komuniti @ McD & RMHC untuk membantu pelbagai golongan masyarakat di seluruh negara termasuklah rombongan belajar, lawatan ke wad hospital dan banyak lagi.

Selain itu, McDonald’s dan RMHC turut menyumbang pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga yang memerlukan bagi meringankan beban ibu bapa dan keluarga kurang berkemampuan.

Hampir RM9 juta dibelanjakan untuk pek “Kembali ke Sekolah” dan ia telah diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara sejak pertama kali program ini diperkenalkan pada tahun 2017. - KitaReporters


11
8
0
18
0
You will be interested

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar

Record dunia? Ibu muda lahirkan 10 bayi kembar! Secara normal! Berat bayi antara 0.95kg - 1.1kg!

Seorang ibu muda di Arab Saudi berjaya lahirkan 10 bayi kembar di Hospital Angkatan Tentera Raja Salman di Tabuk. Wanita itu lahirkan lima pasangan bayi kembar
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

Video| Tahu tak? Spot baharu tengok matahari terbenam! Bukit Utama Hillside, Bkt Antarabangsa!

Tular sebuah video paparkan spot cantik untuk lihat matahari terbenam di Kuala Lumpur bagi saksi keindahannya yang sangat cantik. Di Taman Bukit Utama Hillside
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 2 days ago

Video| Unik! Pasangan kahwin dalam metaverse! Pilih tema Harry Potter! Dihadiri mendiang bapanya!

Pasangan Chennai tampil unik untuk memilih majlis perkahwinan dianjurkan gunakan kaedah ‘metaverse’ iaitu versi realiti maya Internet dengan tema Harry Porter
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 4 days ago

Video| Ni baru kayangan! Tandas cantik, bersih, rekaan moden! Stesen minyak Melor KB jadi tular!

Tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor dekat Kota Bharu sangat luar biasa kerana ia bersih serta dihias cantik dan moden sesuai dinamakan Tandas Kayangan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago