Alam & Sains 15 May, 2021

Berita Terkini| Kumpulan Penasihat Anak Muda! Suara belia bagi beri pandangan, agenda kepada PM

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Penubuhan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada PM bagi membolehkan belia suarakan pandangan pembangunan negara. - Kredit foto: Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia


Kumpulan Penasihat Anak Muda (KPAM) kepada Perdana Menteri bakal ditubuhkan bagi membolehkan golongan belia menyuarakan pandangan serta menyumbang bagi agenda pembangunan dasar kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata proses pemilihan calon kini sedang dilaksanakan dan anak-anak muda atau belia yang terpilih sertai persatuan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tujuan penubuhan KPAM ini adalah sebagai salah sebagai salah satu platform untuk belia di negara ini zahirkan pandangan masing-masing di peringkat akar umbi.

“Saya berharap, lebih ramai belia dapat terlibat secara langsung dalam merangka agenda serta strategi pembangunan negara yang menyeluruh.

“Bagi mencapai agenda pemerkasaan komuniti, kerajaan turut memberikan fokus kepada elemen tanggungjawab sosial dalam pembangunan belia menerusi bidang kesukarelawanan,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 15 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan , beliau memaklumkan sehingga 3 Mei 2021 seramai 10,500 orang mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan MyVac atau Malaysia Vaccine Support Volunteers, manakala manakala 5,360 lagi mendaftar sebagai sukarelawan Rakan Muda Sports Bubble. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested