Alam & Sains 22 Mar, 2020

ELAK KE UITM!! PELAJAR HADIRI KULIAH POSITIF!!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) telah melakukan usaha-usaha pembersihan dan pembasmian kuman di kelas-kelas serta kawasan yang telah dikenal pasti sebagai langkah keselamatan selepas seorang pelajarnya yang mengikuti khursus Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) telah disahkan positif dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19). : KitaReporters



Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Emiratus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, pelajar berkenaan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan daripada hasil siasatan mendapati pelajar itu telah terkena virus itu daripada bapanya, yang terkena daripada saudaranya yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor tempoh hari.

Katanya, pelajar itu pernah menghadiri sesi kuliahnya pada 15 Mac 2020 dan telah memaklumkan pada pensyarahnya apabila dia mendapati simptom-simpton rapat gejala ada pada diriya.

"Pelajar berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Apabila disiasat pelajar tersebut telah dijangkiti wabak daripada ayahnya yang terkena kontak rapat daripada saudaranya yang menghadiri perjumpaan 'Ijtimak Tabligh' di Masjid Sri Petaling.


"Pelajar tersebut telah menghadiri kuliah pada 15 Mac 2020 dan apabila telah mendapati dirinya positif COVID-19, beliau segera memaklumkannya pada pensyarahnya", katanya.

Sehubungan itu, pihak UiTM telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas-kelas dan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai langkah keselamatan virus itu dari tersebar luas.

"Pihak UiTM melalui Pusat Gerakan COVID-19 dan Pusat Kesihatan UiTM  telah menjalankan saringan COVID-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong.

"Keseluruhan kes pelajar yang positif COVID-19 adalah seramai tiga orang pelajar dan sedang menjalani rawatan di hospital", tambah Azraai. 

Terdahulu Malaysia sehingga hari ini telah  mencatatkan 4 kes kematian dan 1,183 kes yang disah positif dan dirawat. - KitaReporters


1
1
6
0
1
You will be interested