Alam & Sains 22 May, 2020

Hari Biodiversiti Antarabangsa! Jangan diundang petaka alam!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Saban tahun, Malaysia menjadi tumpuan para pelancong dunia untuk berkunjung ke negara ini kerana terpikat dengan keindahan alam semula jadinya atau dengan kata lain kaya dengan kepelbagaian biologi (biodiversiti).

Sektor pelancongan negara kini menjadi salah satu penyumbang besar ekonomi negara dengan jumlah RM86.14 bilion pada tahun 2019 (Bernama, 11 April 2020). : KitaReporters



Malaysia mempunyai kira-kira enam puluh peratus sumber florafauna dan marin yang masih kekal dan terpelihara keasliannya.

Ia secara tidak langsung menjadikannya berada pada kedudukan tangga ke-12 di dunia sebagai sebuah negara megadiverse atau kepelbagaian mega; menitikberatkan ke atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari serta perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.

Malaysia kini merupakan antara ahli aktif biodiversiti dunia sejak 24 Jun 1994; susulan termeterai perjanjian persetujuan bersama antara negara-negara anggota pada Konvensyen Biodiversiti Dunia pada 12 Jun 1992 di Rio De Janerio, Brazil.


Apa itu biodiversiti?

Biodiversiti adalah singkatan perkataan Inggeris daripada “Biological Diversity” yang bermaksud kepelbagaian biologi meliputi haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mikro organisma sama ada di daratan atau di air (termasuk marin - lautan serta akua - tasik dan sungai).

Biodiversiti menurut “Dasar Kepelbagaian Biologi Negara” terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu genetik, spesies dan ekosistem.

Sambutan

Pada 22 Mei, “Hari Biodiversiti Antarabangsa” akan diraikan setiap tahun dengan mengajak masyarakat dunia secara amnya dan Malaysia khususnya, bersama-sama berganding bahu menjaga kepentingan alam semula jadi agar tidak terancam dengan aktiviti-aktiviti negatif dan tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu seperti penerokaan hutan kekal secara haram, pemburuan haiwan liar secara bebas dan berleluasa.

Di samping itu, mengawal selia kegiatan pembuangan sisa toksik industri secara berkala dan sistematik demi mengelakkan kejadian kecemaran alam dan kemusnahan biodiversiti.


Sorotan tahun 2019, mengimbau kembali kawasan tadahan air Babagon di Kampung Kolosunan Inanam, Sabah

dijadikan lokasi pelancaran sambutan “Hari Biodiversiti Antarabangsa” atau Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2019.

Mengapa perlu menjaga kepentingan “Biodiversiti”?

Lihatlah dunia kini menuju kepada kerosakan dan kemusnahan biodiversiti akibat kerakusan aktiviti-aktiviti manusia, antaranya ialah:





Konklusinya ancaman besar sedang menanti penghuni dunia mengenai kemusnahan kepelbagaian biologi jika tidak ditangani dengan bijak dan berkesan; seterusnya boleh mencetuskan pelbagai cabaran dan masalah terutamanya mengakibatkan perubahan iklim, bencana alam, kekurangan bekalan makanan, air minuman dan menjejaskan kesihatan serta ekonomi sesebuah negara. - KitaReporters


Sumber:

http://www.sentiasapanas.com/2017/05/sambutan-hari-biodiversiti-antarabangsa.html#axzz6MeufAU00

https://voize.my/pencemaran-alam-sekitar/

https://www.sinarharian.com.my/article/43141/EDISI/Perak/Bongkar-misteri-Royal-Belum-hutan-tertua-dunia

https://www.slideshare.net/saudahi1/slaid-biodiversiti

https://www.utusanborneo.com.my/2019/06/17/babagon-lokasi-pelancaran-kepelbagaian-biologi-antarabangsa-2019

http://heroes.aseanbiodiversity.org/2017/09/07/asean-biodiversity-hero-prof-zakri-abdul-hamid-malaysia/

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sektor-pelancongan-sumbang-rm86-14-bilion-kepada-ekonomi-malaysia-pada-2019-237781

https://www.cbd.int/idb/

1
2
0
0
0
You will be interested