
Rupa virus corona. - Kredit foto: Merdeka.com
"Kejayaan vaksin kunci penyelamat nyawa dan ekonomi." Demikian antara tajuk harapan mengenai pelaksanaan vaksin dalam laporan akhbar sebelum ini, hakikatnya kenyataan itu masih tinggal harapan.
Biarpun pelaksanaan vaksin telah bermula, terjadi sekarang wabak COVID-19 masih bermaharajalela. Masalah makin teruk dengan kehadiran virus baharu, Varian. Menjadikan ancaman virus kini berganda-ganda.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKP

Lebih membimbangkan, dengan kenyataan, virus baharu itu tidak terkawal dek vaksin sedia ada, lantaran sifatnya yang berbeza. Maklumat ini disebut oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamaed dalam ucapannya mengenai usaha untuk mengawal virus baru-baru ini.
Pun begitu, Ketua Penasihat Perubatan White House, Anthony Fauci berkata, vaksin yang dikembangkan di India, Covaxin tampaknya mampu meneutralkan Varian B.1.617.
Kita sudah dijelaskan bahawa jalan mudah untuk mengawal atau menghentikan penularan ialah dengan memutuskan rantaian jangkitan virus.
Hotel tidak dibenarkan beroperasi sewaktu arahan rasmi PKP sepenuhnya di seluruh negara.
Mengulang fakta mengenai sifat virus, laporan Sinar Harian, bertajuk Virus bukan benda hidup, menyebut; virus bukan bakteria. Bakteria boleh dibunuh menggunakan antibiotik namun tiada ubat untuk membunuh virus. Vaksin pula adalah ikhtiar untuk mencegah, bukannya mengubati pesakit yang dijangkiti virus.
Istilah virus berasal bahasa Latin bermaksud racun atau bisa. Virus tidak memerlukan makanan, tidak membiak dengan sendiri, tidak bernafas, berkumuh, tumbuh, atau bertindak balas kepada rangsangan maka itu ia tidak mempunyai ciri-ciri benda hidup.
Bagaimanapun, virus juga bukan benda yang mati kerana ia boleh membiak. Virus memerlukan hos (perumah) untuk berkembang atau menghasilkan lebih banyak zarah virus.
Oleh kerana virus tidak mempunyai kemampuan membiak sendiri seperti kebanyakan parasit lain, mereka memerlukan perumah tertentu dan manusia, antara hosnya.
Bukan saja makan beramai-ramai dan duduk rapat-rapat di restoran tidak boleh, malah dilarang menerima pelanggan sewaktu arahan rasmi PKP
Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jinjang Kepong, Dr Siti Khamsiah Abd Shukor, dalam satu laporan di Berita Harian berkata, Virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau 'droplet' yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk dan bukannya secara bawaan udara atau 'airborne'.
Lantaran itu perlunya mematuhi SOP, menggunakan pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial supaya terhindar daripada risiko dijangkiti virus itu. Maklumat terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai usaha pencegahan jangkitan lebih berkesan mengsyorkan penggunaan pelitup muka dua lapis, iaitu pelitup bedah yang biasa kita guna di sebelah dalam dan pelitup kain di luar.

Memetik Berita Harian Singapura pula, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) Januari 2021 lalu menjalankan uji kaji untuk melihat bagaimana sehelai pelitup jenis kain berlapis tiga yang dipakai di atas pelitup perubatan tiga lapis, atau menggunakan pelitup bedah yang diikat di bahagian telinga dengan tambahan pelitup itu menutup hampir kesemua bahagian muka, dapat melindungi seseorang daripada jangkitan Covid-19.
Mengenai kaedah pengasingan diri pula, peringkat awal menurut WHO, tempoh inkubasi virus itu adalah 14 hari, maka itulah juga tempoh inkubasi individu dijangkiti COVID-19 dan kuarantin bagi yang pernah bersama kontak.
Namun kemudian, media antarabangsa melaporkan data terbaru berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 mendapati, tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

Pelitup kain berlapis pelitup bedah.
Dengan itu tempoh pengasingan diri yang terbaik adalah lebih 24 hari sehingga sebulan untuk memastikan tiada virus yang tersisa menjangkiti mangsa. Virus dikatakan akan mati dalam tempoh itu. Virus-virus di sebarang permukaan juga akan mati dengan sendirinya.
Jadi tunggu apa lagi, segeralah laksanakan total lockdown selama 24 hari ataupun sebulan. Dalam ada yang tidak setuju, ramai juga yang sedar, sedang menunggu-nunggu arahan PKP. Mereka bersedia untuk `just stay at home' selama tempoh itu.

Lockdown atau PKP Penuh bermakna `just stay at home` selama tempoh yang ditetapkan.
Walaupun ada ura-ura katanya akan diadakan lockdown seluruh negara, namun kerajaan nampaknya masih teragak-agak. Adakah kita lebih mementingkan kegiatan ekonomi daripada nyawa? Ekonomi dan makanan boleh dicatu, hanya sekitar 3 minggu atau sebulan sahaja kita bersabar.
Sekarang ini buka mulut saja, orang akan bercerita mengenai keluarga, jiran tetangga, atau kenalan mereka atau mereka sendiri terkena COVID-19.
Pusat kurantin dan hospital sudah melimpah ruah dengan pengidap, selain ada juga yang kuarantin di rumah. Tak kan nak keadaan begini berterusan?
Jadi kita terima sahaja pelaksanaan lockdown sepenuhnya semula. Bukan semua menolak. Malah sudah ada individu yang bersiap sedia untuk self lockdown atau sudah pun PKP kendiri.

Poster mengajak `self lockdown` oleh orang perseorangan.
"Kita dok diam-diam je kat rumah 30 hari ni. Insya-Allah, kita boleh putuskan rantaian COVID-19 ni. Dah 14 bulan lebih dah pun, semua orang tanggung terkurung dalam penjara COVID ni," ujar seorang rakan, Aswaria Mohd Abdan melalui pesanan mesej WhatsApp kepada penulis, sambil memberi tanda pagar #JomKitaSepakatSelfLocdown, #JomPutuskanRangkaianCovidNiNow!
Self lockdown - kawal anak jangan benarkan bermain beramai-ramai bersama kawan di tempat awam.
Perlu diingat, self lockdown, memang boleh dilakukan. Tapi, walau gigih bagaimana sekali pun kempen lockdown kendiri, tiada guna juga kalau tak babitkan semua.
Sebilangan akan tetap keluar dengan pelbagai urusan masing-masing. Mereka ini akan meneruskan rantaian jangkitan. Usaha kumpulan self lockdown akan sia-sia! Apa pun, sementara menunggu kerajaan berkira-kira untuk membuat keputusan, jomlah kita teruskan dengan amalan self lockdown sama-sama seperti di Taiwan.
Taiwan juga menghadapi penularan semula wabak ini. Sebelum kerajaannya membuat pengumuman pelaksanaan lockdown semula, rakyatnya dengan sukarela terus mengamalkan lockdown kendiri untuk mengawal penularan.

Kredit foto: World of Buzz
Pada 15 May 2021, pengguna Facebook, Tsungnan Yuan berkongsi himpunan gambar dengan keterangan; Taipei people automatically practised lockdown.
Memetik World of Buzz, "Although the Taiwan government has yet to announced a lockdown in the country, the citizens practised “self-lockdown” in order to curb the spread of the Covid-19 virus. Many praised the Taiwanese for being disciplined and for their self-awareness in stopping the virus transmission. The photos show empty streets in Taipei, as well as the vacant train stations and shop lots.

Suasana lengang di bangunan awam. - Kredit foto: FB Tsungnan Yuan.