Selera & Santai 21 Jun, 2022

Bestnya! Jom kawan-kawan! Sertai aktiviti Hujung Minggu Bersama Didi & Friends! 24-26 Jun 2022!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Didi, Nana dan Jojo mengajak semua peminat mereka ke ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill City Mall.

Para peminat siri animasi yang bersiaran dalam saluran Astro Ceria ini boleh meluangkan masa bersama keluarga mereka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 24-26 Jun 2022, bermula 10 pagi hingga 9.30 malam. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan siri animasi Didi & Friends


Berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak yang padat dengan nilai murni dan pengajaran, siri animasi ini sering kali menjadi pilihan setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sekali gus menghiburkan si cilik mereka. Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan inspirasi kepada kanak-kanak. 

Untuk mengisi hujung minggu bagi mereka yang meminati siri animasi ini, pihak Astro mengambil peluang untuk mengadakan program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama Didi & Friends

Kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Didi & Friends. 

Ibu bapa juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Didi & Friends yang hanya boleh didapati di acara tersebut untuk anak-anak mereka. Antara barangan eksklusif tersebut termasuk pelitup muka kanak-kanak Didi & Friends. Pelitup muka 4 lapisan ini mendapat pengesahan SIRIM dan hanya terdapat di acara tersebut.



Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran mereka pada hari Sabtu (25 Jun) dan Ahad (26 Jun) pada pukul 12.00 tengah hari, 4.30 petang dan juga 8.30 malam

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, Astro Rewards menawarkan pas foto khas bersama Didi & Friends dan percuma sekotak pelitup muka kanak-kanak eksklusif Didi & Friends kepada mereka yang menunjuk bil kertas atau e-bil Astro mereka satu jam sebelum sesi bergambar bermula. Slot yang disediakan adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang menebus awal. 

Aktiviti kemuncak program ini adalah persembahan daripada Didi dan rakan-rakannya yang pastinya akan membuatkan si kecil menyanyi dan menari bersama-sama. 



“Sebagai salah satu animasi yang digemari ramai kanak-kanak, kami merasakan bahawa Didi & Friends adalah sebuah program yang mampu mengisi hujung minggu mereka dengan aktiviti-aktiviti yang boleh dinikmati sepenuhnya bersama ahli keluarga. Memandangkan negara sudah pun beralih ke fasa endemik, kami boleh mengadakan pelbagai aktiviti interaktif demi peminat-peminat Didi & Friends,” kata wakil Astro, Izrol Izzuddin Ahmad Jamalun Nahar dalam satu kenyataan media pada 20 Jun 2022.

“Pihak kami berharap kolaborasi bersama syarikat penyiaran Astro boleh memberikan pengalaman yang menggembirakan buat kanak-kanak serta ibu bapa mereka. Program ini sedikit sebanyak dapat mengisi hujung minggu mereka dengan keseronokan menerusi hiburan tanpa henti daripada Didi & Friends,” ujar wakil Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, dalam kenyataan media yang sama. 

Program ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ akan diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 24 Jun hingga 26 Jun 2022, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 9.30 malam. - KitaReporters


15
15
0
14
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago