Selera & Santai 10 Feb, 2023

Terbaikla! Durian pun dah ada Menu Rahmah! RM4.99 sebekas! Semoga lebih banyak peniaga jadi ikutan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PENIAGA durian tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan kepada semua peniaga untuk memperkenal harga makanna seperti Menu Rahmah dengan menawarkan harga murah RM4.99 sebekas bagi memberi peluang lebih ramai orang khususnya golongan tidak berkemampuan menikmati raja buah itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh peniaga Durian Atoks dalam laman Facebook, insiatif yang dibawa oleh mereka mendapat sambutan hangat dengan 50 bekas berjaya dijual dalam tempoh 10 minit sahaja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah durian



“Tadi Atok ada buat durian Menu Rahmah tanda menyahut seruan Kerajaan, 50 bekas terjual dalam 10 minit sahaja.

“In sha Allah, Menu Rahmah akan diteruskan bermula tiga petang dan Atok terpaksa had kan hanya dua bekas pembelian untuk setiap orang supaya semua dapat merasa,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai memuji insiatif peniaga itu serta mendoakan peniaga itu dimurahkan rezeki selalu.



“Alhamdulillah, terbaik atok. Moga dilimpahkan rezeki buat Atok sekeluarga,” kata Syuhada Noor.

“Tahniah, jual dengan harga kasih sayang, semoga dimudahkan urusan,” ujar Ainun Amelia Junita.

“Orang hebat, tahniah atok moga murah rezeki,” doa Siti Hajar. - KitaReporters 




14
8
0
14
0
You will be interested