Selera & Santai 06 Sep, 2022

Video| Pernah makan cekodok rokok? Teman wanita goreng rokok celup tepung! Dan bagi kekasih makan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Lelaki dan juga rokok memang tidak dapat dipisahkan, berazamlah nak berhenti, namun ia agar sukar untuk dilaksanakan.

Oleh sebab itu, seorang wanita bertindak menggoreng rokok milik teman lelakinya yang ketagih merokok.


Lagi cerita-cerita negatif berkaitan amalan buruk merokok


Sebuah video TikTok ini telah tular memaparkan wanita ini sedang menggoreng dengan kapsyen: "Masakkan sesuatu yang digemari oleh teman lelaki."

Dikatakan kejadian ini berlaku di Indonesia kerana wanita ini sangat geram dengan tindakan teman lelakinya itu.



Lebih mengejutkan apabila rokok celup tepung siap digoreng kemudiannya wanita ini menghidangkan kepada kekasihnya berserta sos cicah.  

Teman lelakinya dilihat sedang menikmati cekodok yang diperbuat daripada rokok itu tanpa disedarinya kerana sedang fokus melihat komputer riba. 



Rata-rata netizen yang melihat video ini menyokong tindakan wanita ini. Namun ada juga yang berharap agar isteri mereka tidak melihat video ini kerana risau lakukan perkara sama. - KitaReporters


13
13
0
15
0
You will be interested