Selera & Santai 06 Oct, 2025

Macam-macam ada! Festival Cita Rasa Warisan @ IPT! Roti canai terbang, gulai kawah, Shiha Zikir!

Share this

 

Nak kelainan? Macam-macam ada nanti pada 'Festival Cita Rasa Warisan @ IPT di pekarangan Dewan Besar UiTM, cawangan Pulau Pinang mulai 7 hingga 9 Oktober 2025, yang bertemakan Cita Rasa Warisan, Aspirasi Belia.


Jom ke Festival Cita Rasa Warisan @ IPT  di perkarangan Dewan Besar UiTM, cawangan Pulau Pinang. 

Festival ini bukan sahaja dipenuhi dengan program makanan warisan tetapi juga diisi dengan demonstrasi makanan warisan seperti nasi lemuni dan kuih serabai, sebaliknya turut diadakan pertandingan memasak makanan warisan seperti bubur dan kuih-muih dengan hadiah yang lumayan.

Manakala persembahan roti canai terbang dan teh tarik yang dijangka menarik dan menjadi tumpuan ramai akan turut diadakan di pentas utama.


Persembahan roti canai terbang dan teh tarik menjadi salah satu daya tarikan ke Festival Cita Rasa Warisan @IPT di Permatang Pauh 7 hingga 9 Oktober 2025. 

Pertandingan memasak masakan nostalgia seperti bubur dan kuih turut membuka peluang kepada pengusaha dan pelajar.

Selain itu pertandingan deko sajian makanan warisan akan turut diadakan dan terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara percuma.

Lebih menarik lagi ialah pertandingan masakan gulai kawah dengan hadiah wang tunai yang agak lumayan turut diadakan. 

Walaupun pertandingan masakan gulai kawah ini jarang dipertanding sebelum ini, ia dijangka menjadi satu daya tarikan umum kerana terbuka kepada orang ramai.

Selain itu beberapa chef selebriti akan turut mengadakan demonstrasi rasa warisan, dapur kecoh dan kecoh rasa utara.


Pertandingan masakan gulai kawah jarang diadakan dan dijangka menjadi tarikan umum.

Tidak setakat itu saja, program selama 3 hari seawal 9 pagi hingga 10.30 malam tersebut akan turut dipenuhi dengan persembahan kebudayaan tarian delima tari, boneka batang besi, bakat cilik angklung, boria kanak-kanak, tarian singa atas tiang serta kumpulan kesenian daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang.

Kemuncaknya ialah persembahan artis Shiha Zikir, Afieq Shazwan, Kumpulan Mamu Maharaja Lawak Mega serta bakat UiTM, Nurathirah Hamid.


Persembahan kebudayaan nostalgia seperti bakat cilik angklung, boneka batang besi, boria kanak-kanak adalah antara persembahan yang dijangka menarik akan turut dipersembah.

Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2025, jualan makanan cita rasa warisan, pertandingan POV gambar promosi festival cita rasa warisan @ IPT akan turut diadakan.

Tarik upih, galah panjang, baling selipar,boling kelapa, tating lawi merupakan antara pertandingan sukan tradisi rakyat yang akan diadakan dijangka mendapat sambutan pada hari tersebut. - KitaReporters

18
13
0
10
0
You will be interested