Selera & Santai 06 Jan, 2023

Jom gi Terengganu! 100 acara pelancongan, kebudayaan! Disenaraikan dalam Kalendar Acara Tahunan 2023!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dua model menunjukkan poster yang memaparkan 100 acara pelancongan dan kebudayaan di Negeri Terengganu.


JABATAN Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) menyenaraikan sebanyak 100 acara pelancongan dan kebudayaan menarik untuk mengisi Kalendar Acara Tahunan (COE) 2023 bagi aktiviti pelancongan dan kebudayaan negeri itu. 

Usaha itu dipergiat oleh JPNT bagi mencapai sasaran tiga juta pelancong berkunjung ke negeri tersebut sepanjang tahun 2023. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti-aktiviti pelancongan

Ariffin Deraman


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, jumlah itu membabitkan 17 acara ikonik dan 83 acara lain yang disusun rapi. 

Katanya, COE 2023 juga sebagai usaha menggandakan jumlah kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Terengganu sekaligus menjadikan negeri ini sebuah destinasi utama percutian.

“100 acara ini dikumpulkan dari perbincangan bersama pelbagai pihak termasuk pejabat daerah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai persatuan serta kelab supaya tidak berlaku pertembungan,” katanya.  

Beliau berkata demikian  selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran COE 2023 Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu pada Khamis, 5 Januari 2023. 


Ariffin (berkupiah di belakang) diiringi masuk ke dewan perasmian program


Beliau berkata, Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (BTM) yang bakal membuka tirai aktiviti pelancongan negeri itu yang akan berlangsung selama empat hari bermula 23 Februari 2023 di Padang Astaka Kemaman. 

“Ia bakal disusuli dengan acara lain antaranya Konsert Cilik Gamelan, Karnival Merakyatkan Budaya, Kapas Marang Internasional Swimathon 2023, Karnival Pantai Terengganu, Fiesta Candat Sotong dan Pelita Raya Tradisi Terengganu,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi memastikan industri pelancongan Terengganu pada tahun ini terus berkembang pesat.  

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM1 juta diperuntuk melalui Geran Pelancongan Darul Iman (GPDI) yang membolehkan mana-mana penggiat industri pelancongan, persatuan dan NGO menganjurkan pelbagai aktiviti dan program berimpak tinggi untuk rakyat negeri ini,” katanya.  


Kalendar aktiviti pelancongan dan kebudayaan Terengganu 2023


Saban tahun, katanya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) melancarkan Kalendar Acara Tahunan (COE) sebagai usaha menggandakan jumlah kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke Terengganu sekali gus menjadikan negeri ini sebagai pilihan utama untuk berlibur, menikmati keindahan alam dan merasai keenakan makanan tradisional. 

Pada tahun 2022, pelbagai kejayaan manis telah diraih, antaranya kejayaan menggondol beberapa anugerah pada Majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia dan Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia . 

Kejayaan ini merupakan bukti usaha dan kerjasama yang padu di antara Kerajaan Negeri dan penggiat-penggiat untuk memajukan sektor pelancongan di negeri ini. - KitaReporters


Ariffin (tengah) menunjukan poster kalender aktivi pelancongan dan kebudayaan Terengganu 2023


Sebahagian penggiat pelancongan dan kebdayaan Terengganu yang hadir pada majlis pelancaran COE

 

8
12
2
15
0
You will be interested