Selera & Santai 14 Dec, 2022

Video| Terima kasih abang polis! Bantu bungkuskan makanan! Peniaga tak menang tangan uruskan pesanan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


PERKONGSIAN seorang lelaki yang singgah di sebuah gerai untuk membeli makanan seorang peniaga yang seorang diri berniaga sibuk melayan pesanan pelanggan namun dibantu oleh seorang anggota polis telah menjadi tular.

Menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial oleh @duta_duta_duta, kelihatan anggota yang beruniform polis itu rajin membungkus makanan sementara peniaga tersebut menyiapkan pesanan yang lain.


Lagi



Baru betul. Peniaga sibuk, PDRM tolong bungkuskan makanan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh polis itu serta memberi gurauan berasa takut untuk membeli makanan di gerai itu yang dijaga oleh anggota polis.



“Kita mudahkan orang lain, Allah akan mudah kan kita nanti, insyaallah,” kata @Iris_Kocha.

“Berderau juga nak pesan makanan di gerai ini bila nampak anggota beruniform,” jelas @byelaisha.

“Mungkin kawan atau keluarga, namun apabila melihat video ini, rasa terharu,” kongsi @ngxiaohui5. - KitaReporters 



9
15
0
14
0
You will be interested