
Daun kari sering digunakan untuk menaikkan aroma masakan terutamanya dalam masakan India. - Kredit Foto: Google Image.
Daun kari salah satu bahan (rempah) yang selalu digunakan dalam masakan India dan juga Melayu. Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.
Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain juga.
Tumbuhan ini berasal dari India dan Sri Lanka serta hidup subur dalam zon tropika. Baunya yang kuat dan harum menyebabkan ia sering digunakan dalam hidangan terutama masakan kari atau gulai.
Di Malaysia, sudah tentulah ia sering digunakan dalam masakan kari seperti ayam, daging dan ikan.
Malah masakan kari ayam Malaysia telah dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik oleh TasteAtlas bagi April 2025. Satu kebanggaan buat rakyat Malaysia.

Daun kari biasanya digunakan untuk menaikkan lagi aroma dan rasa sesuatu masakan. Daun kari terdiri dalam golongan rempah dan bukannya sayuran. Jadi, tidak hairanlah kalau ia digunakan sebagai penyedap makanan. Namun, tahukah anda, daun kari juga boleh dibuat hidangan?
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Kim Ru telah berkongsi satu resipi yang menggunakan daun kari sebagai bahan utama dan bukan sekadar penyedap rasa. Resipi yang dikongsinya itu ialah sambal daun kari. Ya, resipi yang sangat jarang orang dengar atau tahu.
Malah,disebabkan perkongsiannya itu, ramai yang baru tahu daun kari boleh dijadikan sambal. Antara bahan-bahannya ialah daun kari, halba campur, bawang merah serta bawang putih, cili padi, kacang badam dan gajus.
Rata-rata netizen memberikan komen positif dan teruja untuk mencuba resipi tersebut.

“Kali pertama jumpa masakan ini. Macam tak sabar nak cuba. Terima kasih kongsi resipi. Nak tanya resipi ni asal dari negara mana?” tanya salah seorang netizen.
Menurut Kim Ru,resipi tersebut merupakan resipi kaum India. Dia yang berasal dari Kuching, Sarawak telah berkahwin dengan orang India dan mungkin resipi tersebut dipelajari daripada ibu mentuanya.
Daun kari dikatakan sangat berkhasiat. Ada juga netizen bertanya apakah hidangan yang sesuai untuk dimakan bersama sambal daun kari tersebut.
“Sedap dimakan dengan apa ya?” tanya netizen.

Baiklah, selepas ini penulis nak cuba buat resipi yang diberikan ini. Kadang-kadang jemu juga asyik makan sambal bilis je.
Emak-emak bolehlah cuba resipi yang sangat rare ini. Indahkan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan jenis makanan ini. Jadi, sayangilah perpaduan yangterbina selama ini. Jangan rosakkan ia! - KitaReporters

Beginilah rupa sambal daun kari yang siap dimasak.