Selera & Santai 14 Sep, 2024

Set folder edisi khas sempena Hari Malaysia 2024! Setem dengan ciri khas! Penggunaan dakwat limunan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Sempena Hari Malaysia 2024, Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan  pos dan bungkusan nasional, telah melancarkan set folder edisi khas dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. 

Koleksi ini memperingati pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan mencerminkan komitmen negara terhadap perpaduan dan kemajuan.

Set folder edisi khas yang berharga RM33.80 ini termasuk: 

  • 1 Helaian Setem (20 x setem RM1.30) 
  • 1 Sampul Surat Hari Pertama dengan setem (termasuk risalah percuma) 
  • 1 Folder 



Hari Malaysia, kali ini mengambil tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. 

Tema ini menekankan  Malaysia Madani sebagai tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam m

enginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta  negara melalui pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif, mencerminkan kesepaduan dalam sebuah negara  yang maju dan bersatu hati. 



Tema ini tercermin dalam koleksi yang direka oleh jenama kreatif tempatan, Loka Made, yang  memaparkan identiti pelbagai budaya Malaysia melalui ilustrasi indah pelbagai bangsa,  semuanya berlatarbelakangkan mercu tanda ikonik negara. 

Tema ini turut terserlah dalam  penggunaan peribahasa, “Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” pada setem. 

Ciri utama koleksi Hari Malaysia 2024 adalah penggunaan dakwat limunan pada setem, yang  mendedahkan reka bentuk tersembunyi di bawah cahaya UV. 

Ciri inovatif ini menambah elemen  interaktif kepada setem koleksi. 



Dapatkan koleksi unik ini mulai 17 September 2024 di semua 90 Pejabat Filateli di seluruh negara,  termasuk 13 Pejabat Pos Am, dan secara dalam talian sementara  stok masih ada! - KitaReporters/Kenyataan Media

13
6
0
12
0
You will be interested