Selera & Santai 08 Aug, 2024

Video| Weii.. Jangan buang kulit kentang! Cuba resipi tanpa pembaziran ini! Gerenti sedap dan jimat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Pada zaman kebanyakan harga barang keperluan semakin meningkat terutama barang dapur, langkah berjimat cermat amatlah digalakkan. Selagi boleh digunakan, gunakan ia sepenuhnya.

Perkakas dapur yang masih boleh dibaiki, cubalah baikinya agar dapat digunakan semula. Manakala bahan-bahan masakan yang masih elok, simpan di tempat selamat dan bersih agar tidak mudah rosak.

Selain itu, memasak sendiri juga antara langkah berjimat cermat yang paling berkesan. Apatah lagi kalau anda mempunyai keluarga yang besar. Kadang-kadang tak perlu masak beria-ia. Memadai dengan kreativiti anda dalam mengolah resipi agar lebih jimat.



Terima kasih kepada seorang pengguna TikTok, Mj atau Moeira Johnson kerana berkongsi resipi mudah dan jimat. Dia memanfaatkan sepenuhnya bahan masakan tanpa melakukan pembaziran. Biasanya kalau anda menggunakan bahan masakan seperti kentang, pasti akan buang kulitnya.

"Resipi tanpa pembaziran. Zaman sekarang, zaman berjimat-cermat. Jadi, kita olah selagi boleh. Tapi serius lagi sedap daripada kerepek kentang biasa," katanya.



Namun, tahukah anda kulit kentang sebenarnya boleh dijadikan resipi yang mudah dan sedap. Pasti anda pernah makan jeruk atau asam kulit limau. Lihat, bagaimana mereka menjadikan kulit limau yang biasanya dibuang menjadi satu perniagaan lain. Begitu juga dengan kulit kentang.

Resipi kulit kentang ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos harian. Malah, ia boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan buat suri rumah. 

Dalam resipi yang dikongsi, Mj menggunakan kentang berwarna merah (red potatoes). Ia boleh didapati di pasar raya.



Dalam video yang dikongsi, kelihatan kulit kentang merah dikupas dan dibasuh. Kemudian ia digoreng sehingga garing. Setelah itu, ia digaul bersama bahan-bahan perasa, emping cili dan rempah-ratus.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mahu mencuba. Mereka tidak sangka kulit kentang yang selama ini dibuang, sebenarnya boleh dibuat resipi menarik.



"Nampak sedap, boleh cuba ni. Selama ini kulit kentang dibuang-buang sahaja," tulisnya.

Namun, ada juga netizen berkongsi pengalaman membuat resipi yang sama tetapi rasanya tidak sedap. Mungkin kerana dia menggunakan ubi kentang yang berbeza.

"Pernah buat tapi pahit sikit," kongsinya. - KitaReporters


12
12
0
10
0
You will be interested