SELURUH dunia tidak menafikan pengambilan vaksin mampu mencegah kita daripada menjadi lebih parah sekiranya dijangkiti virus Covid-19, kecuali mereka dalam kumpulan 'antivaksin'.
Walaupun vaksin bukan ubat yang berfungsi sebagai penyembuh, namun seluruh dunia berpusu-pusu mahu mengambil vaksin kerana dipercayai ia mampu mengurangkan risiko jangkitan atau sekurang-kurangnya mampu mengurangkan risiko kesan sampingan yang teruk apabila dijangkiti virus.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jawa
Namun seorang peniaga mi bertindak sebaliknya. Beliau telah membuatkan ramai pihak tertumpu kepada pengumumannya yang mendakwa mi ayam yang dijualnya mampu mencegah jangkitan Covid-19.
Perkara ini telah dilaporkan melalui laman berita Suara.com pada 23 Julai 2021.
Rakaman beliau membuat kenyataan pelik itu telah dimuat naik melalui aplikasi Instagram yang tersiar baru-baru ini.
Video yang dimuat naik tersebut menerima lebih 330,000 tontonan dengan pelbagai komen diberikan oleh netizen.
Mereka bukannya mengecam tindakan peniaga berkenaan, sebaliknya netizen bertindak memuji kreativiti peniaga tersebut kerana ia dianggap sebagai salah satu kaedah peniaga berkenaan mahu melariskan produknya sendiri.
Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menyelar cara promosi tersebut.
“Apabila kita makan mi ayam, hati kita jadi bahagia. Bahagia itulah yang akan meningkatkan imunisasi,” komen seorang pengguna.
“Pemasaran yang salah,” komen seorang lagi pengguna.
"10, orang dilepas di hutan, cuma satu yang bertahan hidup yaitu orang kreatif, yang lain dipake sarapan macan," ungkap seorang pengguna lain.
"Karena dengan memakan mie ayam, hati kita jadi bahagia. Bahagia itulah yang menjadikan imun semakin bertambah," kata seorang pengikut Instagram.
"Marketing yang dilakukan susu beruang juga gini loh sebenarnya," sahut sebuah akaun Instagram.
Menurut portal berkenaan, peniaga dari Jawa Timur itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai cara unik untuk mempromosikan mi ayam di gerainya.
Berdasarkan video di Instagram itu, peniaga berkenaan dilihat menggunakan pembesar suara untuk mempromosikan mi ayam dari gerainya di tepi jalan.
“Pengumuman buat masyarakat Kampung Sumberwaru. Bagi memutuskan rantaian Covid-19, anda disarankan untuk memakan mi ayam,” katanya menerusi pembesar suara tersebut.
Hakikatnya, tiada sebarang bukti atau perjumpaan saintifik yang mengatakan mi ayam mampu menyembuhkan mereka yang dijangkiti virus maut tersebut. - KitaReporters