Selera & Santai 05 Apr, 2022

Keluarga Malaysia tak lupakan asnaf! Muszleem Malaysia agih 500 pek berisi udang! Daerah Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


Udang segar untuk diagihkan kepada asnaf sempena Ramadan


KEHADIRAN Ramadan memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk melakukan kerja kebajikan dengan bersedekah kepada orang ramai terutama golongan kurang berada yang memerlukan apa sahaja bentuk sumbangan yang dihulurkan bagi keperluan hidup mereka.

Golongan asnaf di daerah Besut, Terengganu, tidak terkecuali daripada menerima rezeki pada bulan Ramadan, seperti mana aspirasi Keluarga Malaysia, apabila ada pihak yang tampil menghulurkan sumbangan untuk mereka. 

Pertubuhan Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia atau Muszleem Malaysia menarik perhatian penduduk setempat dengan menganjurkan program yang agak berlainan apabila turun padang mengagihkan udang segar kepada golongan asnaf di seluruh daerah itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan golongan asnaf

Mohd Izzat Mohd Zubir (kanan) menyampaikaikan sebekas udang kepada seorang penerima


Mohd Izzat Mohd Zubir


Ketua Pegawai Operasi Demostik Pertubuhan Muszleem Malaysia, Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, pihaknya memilih golongan asnaf membabitkan empat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Besut iaitu, DUN Jertih, DUN Hulu Besut, DUN Kota Putera dan DUN Kuala Besut.

Katanya, menerusi pengagihan itu seramai 500 golongan asnaf terpilih menerima agihan udang tersebut pada hari pertama menyambut Ramada pada 3 April 2022 lalu.


Sukarelawan Pertubuhan Muszleem Malaysia mengagihkan udang kepada penerima terpilih


Udang yang siap dimasukkan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada golongan asnaf


Menurutnya, Muszleem Malaysia sekali lagi akan mengagihkan udang kepada golongan asnaf yang terpilih pada minggu hadapan 10 April 2022. 

Selain itu, katanya, pihak Muszleem Malaysia juga akan mengagihkan 100 bungkus makanan berbuka puasa secara percuma pada setiap petang sepanjang bulan Ramadan tahun 2022 ini.

“Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun kedua program ini dijalankan untuk penduduk sekitar Kampung Padang Landak, Jertih dan kampung yang berdekatan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang ingin mendapatkan juadah berbuka puasa percuma hadir di hadapan Pejabat Muszleem Malaysia bersebelahan masjid Al-Taqwa Kampung Padang Landak, Jertih antara jam 5 hingga 6 petang setiap hari. - KitaReporters


Petugas Pertubuhan Muszleem Malaysia menunjukkan kotak berisi udang untuk diagihkan kepada golongan asnaf

14
10
1
10
0
You will be interested