Selera & Santai 30 Aug, 2021

Ulang tahun kemerdekaan ke-64! 64 Jalur Gemilang hiasi gerai kuih keria Che Nah di Changlun!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Nur Azwaadiey Rosli (kiri) dan Rodchana Aelee atau lebih mesra dengan panggilan Cek Nah sedang menghiasi gerai.


Sebanyak 64 Jalur Gemilang menghiasi gerai kuih Keria Gula Melaka Cek Nah di Changlun, Kedah.

Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Azwaadiey Rosli, 26, berkata sebanyak 64  jalur gemilang dipilih untuk menghiasi gerai itu bersempena dengan 64 tahun kemerdekaan Malaysia.

“Saya yang kebetulan membuat dan menghantar kuih ke gerai ini untuk jualan tercetus idea selepas berbincang dengan Rodchana Aelee atau lebih mesra dengan panggilan Cek Nah untuk menghiasi jalur gemilang dan mengedarkan bendera  sebanyak 64 unit kepada pembeli terawal di gerai ini ,” katanya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kuih

Gerai Che Nah menjadi tumpuan penduduk Changlun.


Cek Nah yang lapan tahun berniaga secara sambilan amat teruja dengan idea itu sekali gus telah menempah bendera untuk hiasan dikedainya itu.

Kedai Cek Nah Keria Gula Melaka ini memang menjadi sambutan penduduk sekitar Changlun termasuk Jitra, Padang Sera, Kodiang, Alor Star dan Perlis.

Siswazah lulusan Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat) yang kini bekerja sebagai guru sambilan di Pondok Moden Darussalam Changlun ini membuat kuih dan membantu Cek Nah untuk menjual kuih tradisonal di gerai itu selepas pondok pengajian itu terpaksa ditutup dan kelas pengajiannya dibuat secara online.


Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Nur Azwaadiey Rosli membantu Che Nah menjual kuih.


Anak keempat dari lima beradik yang berasal Kelantan ini gembira walaupun ketika COVID-19 ini, tapi masih peluang untuk mengingati ulang tahun kemerdekaan negara dan dapat meraikannya dengan hiasan Jalur Gemilang itu.

Sementara itu beberapa pembeli kuih yang ditemui memuji langkah penjual gerai ini yang terpaksa membelanjakan duit untuk menghiasi kedai dan mengagihkan pula jalur gemilang kepada pembeli di gerainya. - KitaReporters


Nur Azwaadiey Rosli sedang menyiapkan tengkoloknya.


Che Nah sedang mengantung jalur gemilang di gerainya itu.


Penduduk sekitar membeli kuih di Gerai Che Nah.

3
0
0
0
0
You will be interested