Selera & Santai 21 Apr, 2022

Cantik dan meriah! 300 pelita minyak hiasi laluan masuk! Idea kreatif pemilik warung jual colek!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Pelita minyak  menghiasi masuk ke sebuah warung menjual colek di Kampung Gong Bukit Kenak, Jertih


KEUNIKAN sebuah warung yang terletak di tepi sawah Kampung Gong Bukit Kenak dekat Jertih, Terengganu, yang memasang pelita minyak sepanjang jalan masuk ke warung bukan sahaja memeriahkan sambutan menjelang Hari Raya Aidilfitri malah ia mampu memikat ramai pelanggan berkunjung untuk melihat suasana hiasan cahaya pelita sambil makan dan santai bersama keluarga.

Keindahan cahaya malam yang diterangi cahaya pelita sememangnya memikat setiap pengunjung untuk bersantai sambil melihat panorama menarik yang menghiasi laluan masuk ke warung berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berniaga restoran

Che Zubaidah Ali


Warung yang dinamakan “AB Selekoh D’Baroh" dibina secara perkongsian oleh 14 adik beradik dalam satu keluarga pada 2021 dengan menjual pelbagai jenis makanan kegemaran penduduk tempatan terutama colek dan rojak

Pemiliknya, Che Zubaidah Ali, 50, berkata cetusan idea membina warung yang terletak di tepi sawah dengan seni bina kreatif menarik perhatian ramai pengunjung terutama pada waktu malam kerana sepanjang laluan masuk ke warung ia dihiasi dengan pelita ayam.

Katanya, keadaan bertambah meriah sepanjang bulan Ramadan kerana ramai penduduk tempatan berkunjung bukan sahaja untuk menikmati menu utama colek dan  rojak tetapi juga untuk melihat keindahan cahaya pelita pada waktu malam.


Sebahagian pelanggan sedang menikmati makan malam bersama ahli keluarga  yang dihiasi beratus-ratus cahaya pelita.


Menurutnya, sebanyak 300 biji pelita dipasang sepanjang laluan sejauh 800 meter dari persimpangan utama menuju ke warung tersebut.

“Kami adik beradik berkongsi modal dan tenaga untuk membeli pelita dan minyak diesel serta bergotong royong menyalakan pelita selepas waktu mnghrib pada setiap malam,” katanya.

Katanya, aktiviti memasang pelita tersebut bermula selepas umat Islam seminggu berpuasa dan akan berakhir selepas seminggu sambutan Aidilfitri.


Pelita minyak yang dipasang di laluan masuk ke warung D'Baroh.


Menurutnya, pada setiap malam pihaknya membelanjakan RM30 untuk membeli minyak diesel bagi kegunaan memasang pelita tersebut.

Che Zubaidah berkata, remaja yang berkunjung ke premis tersebut juga mengambil peluang beriadah dengan bermain sepak takraw pada waktu malam kerana di situ turut disediakan sebuah gelanggang.


Golongan remaja mengambil kesempatan beriadah pada waktu malam.


Selain itu, katanya, bagi ahli keluarga yang membawa kanak-kanak mereka juga boleh memberi peluang anak-anak bermain buaian yang turut disediakan.

Beliau berkata, ramai pengunjung memilih untuk makan-makan selepas selesai solat tarawih kerana menu colek menjadi pilihan utama pada bulan Ramadan. 

“Antara menu colek yang paling popular ialah colek kerang, buah, dan colek campuran,” katanya. - KitaReporters


Che Zubaidah (tengah) bersama dua pembantu kedai menyiapkan colek yang ditempah oleh pelanggan

21
13
1
16
1
You will be interested