Selera & Santai 14 Jun, 2020

Aktiviti candat sotong dibuka semula! 7-8 penumpang satu bot

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SOTONG adalah antara makanan laut yang amat popular terutama dalam kalangan penduduk di Pantai Timur kerana ia sedap dimakan dan kaedah masakan  pula boleh dibuat dalam pelbagai cita rasa. Malah sotong juga agak istimewa kerana ia dikatakan mempunyai hampir 500 jenis resepi yang boleh dijadikan makanan untuk sesi keluarga atau majlis jamuan rasmi. : KitaReporters 

Aktiviti mencandat sotong di perairan Terengganu kini dibuka kepada orang awam


Antara resepi yang polular dalam kalangan pengemar sotong termasuklah sambal percik, sambal petai, ketupat, kerabu, singgang, goreng tepung ranggup dan sotong bakar. 

Bagaimanapun, sejak tiga bulan lalu aktiviti  tangkapan sotong di Terengganu tidak dapat dilakukan oleh nelayan laut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak COVID-19.

Sotong bakar


Turut terkesan termasuklah pengemar mencandat sotong yang biasa dilakukan secara berkumpulan atau individu yang tidak dapat mengadakan aktiviti yang sememangnya menarik perhatian dikalangan pengemar mencandat sepsis laut berkenaan. 

Apa pun pengemar mencandat sotong kini menarik nafas lega apabila Kerajaan Terengganu secara rasminya membuka kembali program mencandat sotong bagi penggemar aktiviti tersebut dalam kalangan orang awam

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman 


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman memaklumkan, kerajaan negeri telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) lengkap sebagai panduan mencandat sotong sesuai ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Kita hendak buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa program ini tiada masalah diadakan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

“Kami telah menyediakan SOP yang memang sangat ketat, seperti menyediakan penanda merah bagi menentukan jarak yang sepatutnya. Kemudian kita ada pencuci tangan, pemeriksaan suhu dan kita memastikan bahawa setiap bot mesti dan wajib mengikutinya,” katanya. 

Pakej mencandat sotong di Terengganu


Beliau berkata, sebuah bot mencandat yang biasanya memuatkan 10 hingga 15 penumpang akan dikurangkan kepada sekitar tujuh hingga lapan penumpang sahaja bagi mengekalkan pematuhan SOP.

Namun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat itu, harga bagi menyertai aktiviti itu dijangka tidak akan meningkat.   

Sotong masak kicap


Katanya, perkara ini memang diakui oleh pihak pengusaha sendiri, sebagai contoh bot, kalau dulu mereka bagi sewa RM1,500 satu malam, memang mereka pun mengakui tak boleh mengenakan kos sebegitu lagi dengan kapasiti penumpang kurang hampir separuh berbanding dulu. 

“Mereka kena fikir suasana baharu di mana sektor pelancongan amat terkesan dan menyediakan kaedah sepatutnya,” katanya. 

Kari sotong


Ariffin berkata,isu yang paling utama mengakibatkan kos tinggi sebelum ini ialah minyak dan dengan pengurangan harga petrol kini, kosnya tidak akan tinggi. 

Beliau mempunyai keyakinan bahawa industri pelancongan negeri itu akan kembali pulih tetapi secara perlahan-lahan

Aktiviti mencandat sotong polular di Terengganu


Sebab itu, katanya, dahulu fokus utama ‘mainland’ tanah besar untuk pelancong tempatan, manakala pulau lebih kepada pelancong luar negara. 

Katanya, sekarang kita fokus pelancong tempatan sebab itu kita yakin dengan pembukaan balik sempadan antara negeri ini kembali merancakkan pelancongan Terengganu. 

 “Bahkan pengusaha di pulau-pulau telah mengubah strategi mereka dengan fokus kepada pelancong tempatan antaranya dengan mengurangkan harga bilik dan pakej menarik, katanya. - KitaReporters

13
2
2
3
2
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago