Selera & Santai 17 Sep, 2020

Hidup nasi lemak! Tunku Azizah puji usaha variasi nasi lemak

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KALAU ditanya apakah sarapan kegemaran rakyat Malaysia, pasti jawapannya adalah nasi lemak. Malah nasi lemak diiktiraf sebagai antara makanan kebangsaan kita! Aduhai... lapar la pula rasanya bila cerita fasal nasi lemak ni!! : KitaReporters

Nasi lemak. - Kredit foto: Google Image


Lagi cerita-cerita berkaitan makanan:https://kitareporters.com/search?search=makanan


Asasnya nasi lemak mengandungi nasi yang dimasak bersama santan, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan sambal yang sangat menyelerakan. 

Namun, seiring zaman dan selera masyarakat masa kini, nasi lemak dipelbagaikan atau divariasikan dengan pelbagai lauk dan bentuk.

Seperti mana juga keju divariasikan dengan jenis makanan tempatan seperti keropok lekor cheese, pisang goreng cheese, begitu juga dengan nasi lemak.

Dek penangan kreativiti rakyat Malaysia terhadap makanan sama ada moden atau tradisi, maka wujudlah apa yang anda lihat pada hari ini.

Namun, variasi terhadap makanan tersebut ada diterima baik oleh masyarakat dan sebaliknya. Setiap orang ada pendapat dan pandangan sendiri. Sekiranya anda berfikiran positif, maka positiflah dan begitu juga sebaliknya.

Keropok lekor cheese. - Kredit Foto: Google Image


Berkenaan dengan nasi lemak, pasti anda pernah mendengar, membaca atau merasai sendiri nasi lemak yang telah divariasikan. Okay, sebelum itu jom kita senaraikan dulu nasi lemak yang telah divariasikan.

Antaranya ialah nasi lemak ais krim, nasi lemak cheese, nasi lemak spageti, nasi lemak bubur, nasi lemak burger Malaysia dan macam-macam lagi.

Menariknya, nasi lemak yang divariasikan ini menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra disapa Tunku Azizah.


Tunku Azizah mempunyai pandangan tersendiri berkenaan isu mevariasikan makanan kebangsaan ini. Baginda sangat menyokong usaha dan kreativiti rakyat Malaysia yang mencipta pelbagai versi nasi lemak.

Pandangan itu diluahkan oleh baginda menerusi media sosial baginda. Menurut Tunku Azizah baginda hairan kenapa ada pihak yang tidak senang dan marah nasi lemak divariasikan.

“Kenapalah nak marah pasal spageti nasi lemak. Orang Johor dah lama makan laksa spageti. Nasi lemak adalah makanan kebangsaan dan paling serba boleh. Cuba tengok gambar-gambar yang saya post ni. 

"Janganlah kita merasa bosan dengan nasi lemak dan kita harus berbangga dengan nasi lemak kita,” tulis baginda.

Tunku Azizah hairan kenapa ada pihak yang marah nasi lemak divariasikan.


Sementara itu, baginda juga menitipkan kata-kata semangat sebagai menyokong usaha sesetengah pihak untuk terus menghasilkan variasi nasi lemak dan mengangkat makanan kebangsaan itu ke tahap yang lebih tinggi.

"Hidup nasi lemak! Malaysia Boleh!" titip Tunku Azizah.


Orang ramai juga bersetuju dengan pendapat Tunku Azizah.

“Nasi lemak cheesecake pun ada sekarang. Kan seronok tengok betapa kreatif orang Malaysia,” ujar salah seorang netizen.


Begitulah kreatif dan inovatifnya orang Malaysia dalam menghasilkan sajian berteraskan makanan tradisi. Mana tahu satu hari nanti, makanan tradisi kita dikenali di seluruh dunia.

Namun, setiap orang ada pendapatnya sendiri. Kalau tak suka, tak payah makan, namun jangan sampai mengeji kerana ia tetap makanan. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested