MEMESAN makanan pada saat perut sedang berkeroncong pasti membuatkan kita tidak berfikir panjang lalu membuat pesanan mengikut nafsu. Penyudahnya makanan yang dipesan penuh semeja dan semua itu lazimnya berakhir ke dalam tong sampah. Begitu juga dengan kisah yang berlaku di Singapura yang menjadi tular dalam media sosial apabila seorang pelajar sebuah sekolah menengah mengunjungi sebuah restoran Chef Kang's Prawn Noodle House untuk menikmati hidangan tengah hari, baru-baru ini. : KitaReporters
NOTA bersama wang tunai yang ditinggalkan remaja selepas tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesan di restoran, baru-baru ini. - Kredit foto: FB Chef Kang's Prawn Noodle House.
Lagi cerita-cerita berkaitan restoran;
https://kitareporters.com/search?search=restoran
Dia yang bersama ibu dan adiknya membuat pesanan dua pinggan mi udang dan sepinggan nasi untuk dirinya.
Namun disebabkan bekas hidangan terlalu besar menyebabkan remaja yang lengkap pakaian sekolah menengah itu tidak dapat dihabiskan.
Menariknya, remaja berkenaan meninggalkan nota kepada pemilik restoran memohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesan.
Lebih mulia dia turut meninggalkan tip berjumlah $2
(RM6.20) yang digunakan daripada wang sakunya sendiri.
Bagusnya!!
Ini mesti didikan ibu bapanya yang meminta dia bertanggungjawab dengan apa sahaja perbuatan yang dilakukan.
HIDANGAN istimewa yang ditawarkan di restoran Chef Kang's Prawn Noodle House.
Perkara itu dikongsikan oleh pemilik restoran
berkenaan dalam Facebook rasminya dan mengkagumi sikap bertanggungjawab remaja
berkenaan.
Menerusi nota tersebut, pelajar terbabit meminta maaf kerana tidak berjaya menghabiskan makanan yang dipesannya.
“Kami sangat menghargai tindakan sebegini dan dorongan
daripada nota ini sangat memberi kesan kepada kakitangan kami.
“Kami terus bekerja keras untuk berdepan masa yang
sukar ini dengan meningkatkan mutu makanan dan perkhidmatan kami. Catatan ini
membuat kami merasa bahawa usaha kami sangat berharga,’ tulis wakil restoran
berkenaan.
MURAH HATI pemilik restoran mengundang remaja bersama keluarga sebagai tanda penghargaan .
Sebagai menghargai keihlasan remaja berkenaan pihak
restoran mengundang remaja berkenaan bersama keluarganya untuk menikmati makanan
di restoran tersebut.
Sementara itu dalam ruangan komen dalam Facabook
berkenaan, pihak sekolah remaja itu turut berbangga dan memuji dengan ketulusan
pelajarnya yang sangat bertanggungjawab.
Semoga apa yang dilakukan remaja berkenaan menjadi
contoh kepada pihak lain untuk lebih bertanggungjawab dengan apa yang
dilakukan. - KitaReporters
Lagi cerita-cerita dari Singapura:
https://kitareporters.com/search?search=singapura