TULAR dalam media sosial berkenaan isu kontroversi melibatkan sebuah syarikat swasta yang mengiklankan ibadat korban lembu Wagyu Miyazaki yang berharga RM29,999 satu bahagian. Harga satu bahagian korban yang mencecah hampir RM30,000 tersebut nyata jauh lebih mahal berbanding harga satu bahagian korban lembu biasa yang berharga sekitar RM700-800. : KitaReporters
Iklan ibadat korban daging Wagyu yang mencetuskan kontroversi.
Hal tersebut menyebabkan ramai netizen tidak berpuas hati kerana menyifatkan ia terlalu mahal.
Namun menurut iklan tersebut, ibadat korban lembu Wagyu Miyazaki itu dibuka kepada sesiapa yang mampu dan ingin mencuba sahaja.
Kontroversi itu telah menimbulkan persoalan apakah hukum ibadat tersebut di sisi agama kerana ia kelihatan menindas atau disebut โkapitalisโ.
Justeri bagi menjawab persoalan orang ramai, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad
al-Bakri menerusi Facebook dan Instagram telah memperjelaskannya secara terperinci.
Menurut Dr Zulkifli, dia telah ditanya berkenaan isu tersebut ketika hadir menyampaikan agihan daging anjuran sebuah syarikat swasta.
โSemalam, (Sabtu, 4 Julai 2020), semasa menyampaikan
agihan daging anjuran Mitron Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Pungutan
Zakat Wilayah Persekutuan, saya ditanya berkenaan pelaksanaan ibadat korban
dengan menggunakan lembu Wagyu.
โSaya menjawab bahawa hukumnya harus dan dibolehkan jika menepati kesemua syaratnya.
"Walaupun begitu, saya terpanggil untuk memperincikan jawapan ini dalam ruangan al-Bayan agar kefahaman kita lebih jelas dan dalam masa yang sama dapat memahami realiti dan waqiโ semasa ketika ini di Malaysia,โ tulisnya.
(AL-BAYAN SIRI 11: IBADAH KORBAN DENGAN LEMBU WAGYU)
Antara inti pati yang terdapat dalam ruangan al-Bayan mengenai ibadah korban daging Wagyu adalah seperti berikut:
โPada asasnya, ibadah korban dengan lembu Wagyu adalah tidak menjadi masalah sekiranya individu itu benar-benar berkemampuan.
โSeseorang itu dibolehkan untuk melakukan ibadah
korban dengan unta, lembu Wagyu dan sebagainya, tetapi dengan syarat mestilah
berkemampuan dan tidak sampai pada tahap berhutang.
โSesungguhnya, Islam amat menggalakkan penggunaan
haiwan yang terbaik dan sihat dalam melakukan ibadah korban.
โDalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas
bin Malik R.A, beliau berkata:
ุถูุญููู ุงููููุจูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุจูููุจูุดููููู ุฃูู ูููุญููููู ุฃูููุฑูููููููุ ุฐูุจูุญูููู ูุง ุจูููุฏูููุ ููุณูู ููู ููููุจููุฑู ููููุถูุนู ุฑูุฌููููู ุนูููู ุตูููุงุญูููู ูุง
Maksudnya: โNabi SAW menyembelih dua ekor kambing
kibasy putih bagus yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri
sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di
tengkuk kibasy tersebut.โ Riwayat al-Bukhari (5565) dan Muslim (1966).
Jadi, dengan penjelasan ini diharap tiada lagi
kecaman atau kata-kata kesat dilemparkan kepada pihak penganjur.
Sekiranya anda mampu, tak salah untuk menyertainya.
Namun, kalau sebaliknya atau sehingga terpaksa berhutang semata-mata mahu kelihatan ada โkelasโ atau daripada golongan โkayanganโ, baik lupakan sahaja! - KitaReporters