Selera & Santai 03 Jul, 2020

Padah ‘zoom in’ payudara pelanggan! Pekerja dibuang kerja!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

TULAR dalam media sosial satu video menunjukkan seorang pekerja di sebuah restoran Starbucks Indonesia yang menjaga kamera litar tertutup (CCTV) telah berkelakuan tidak senonoh. Dalam video itu, seorang pekerja lelaki bertindak membesarkan gambar (zoom in) terhadap seorang pelanggan wanita. : KitaReporters

Suasana di dalam restoran Starbucks ketika kejadian tersebut berlaku.



Kelihatan pekerja berkenaan cuma memfokuskan kepada bahagian dada (payudara) pelanggan wanita itu.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai ‘amrcncandy’ sehingga tular di negara jiran itu. 

Ramai netizen mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab pekerja restoran terkenal itu.


Lucunya, si pelaku yang dikenali sebagai Daniel Devado tanpa rasa takut berkongsi video berkenaan dalam Insta Story hingga ditangkap layar oleh netizen.

Bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku, pihak Starbucks Indonesia akhirnya membuat permohonan maaf menerusi laman rasmi media sosial mereka.

“Mohon maaf atas peristiwa yang terjadi dan tular di media sosial. Kami telah menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja berkenaan. Sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” tulis pihak Starbukcs.

Inilah orang kata ada otak tapi letak di lutut! 

Sudah tahu buat salah, dikongsi pula di media sosial. Memang sengaja cari nahas! 

Elok-elok ada kerja bagus, terus diambil tindakan tegas oleh majikan. Sudah dibuang kerja pun!! - KitaReporters


1
0
0
0
4
You will be interested