Selera & Santai 21 Oct, 2020

9 sekeluarga maut! Gara-gara makan mi disejuk beku setahun!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Hidangan mi yang disejuk beku sejak setahun lalu menjadi hidangan terakhir bagi sembilan sekeluarga dari China selepas kesemua mereka dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan yang dijamah berkenaan. Tiga kanak-kanak daripada keluarga berkenaan yang tidak menyukai rasa hidangan tersebut terselamat. : KitaReporters


MI Suantangzi yang dijamah sembilan ahli keluarga dari China sebelum mengalami keracunan sehingga meragut nyawa  kesemua mereka. - Foto Kredit dailystar.co


Lagi cerita-cerita berkaitan keracunan:

https://kitareporters.com/search?search=keracunan


Memetik laporan Dailystar.co, keluarga dari wilayah Heilongjiang itu dikatakan makan bersama utuk menjamah menu makanan tempatan, sejenis hidangan mi yang dikenali Suantangzi. Selepas sahaja menjamah, kesemua mereka muntah akibat keracunan hidangan berkenaan.

Lebih mengejutkan tujuh daripada mereka dilaporkan meninggal dunia pada 10 Oktober 2020 lalu, manakala seorang lagi meninggal dunia dua hari kemudian.

Malah wanita terakhir yang menjadi mangsa dan dikenali sebagai Li pula dilaporkan meninggal dunia, pada Isnin, 19 Oktober 2020 lalu.

Namun, ada ahli keluarga iaitu tiga kanak-kanak daripada keluarga berkenaan kerana tidak menyukai rasa hidangan berkenaan menyebabkan mereka terselamat.

Nasib baik! 



MANGSA yang dikenali Li menjadi mangsa terakhir dalam keluarga berkenaan meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa. - Kredit foto: tribunnews.


Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei berkata, keracunan daripada asid bongkrek boleh membawa maut.

Gejala keracunan biasanya bermula beberapa jam selepas menjamah makanan dan akan mengalami sakit perut, berpeluh dan akhirnya membawa kepada koma serta kematian dalam tempoh masa yang cepat.

Jadi kenalah pantau selalu makanan yang disimpan beku, pasti tidak terlalu lama nanti boleh membawa kemudaratan pula. - KitaReporters

0
0
14
0
1
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago