Pembelian makanan secara dalam talian sudah menjadi trend masyarakat hari ini. Khidmat penghantaran makanan bergerak seiring dan caj penghantaran akan dikenakan untuk setiap pesanan yang dibuat. Anda pesan kami hantar!! Bayar khidmat penghantar bukan masalah, tetapi caj yang dikenakan perlu juga diambil kira. Kalau sampai RM99 tu apa kes? : KitaReporters
https://www.facebook.com/nadia.abdulkadir.16
Ini cerita satu perkongsian dari media sosial Facebook milik Nadia Abdul Kadir.
Ketiadaan Bazar Ramadan tahun ini berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan.
Secara tidak langsung membuka peluang kepada peniaga makanan menggunakan kaedah secara dalam talian online untuk berjualan dan kemunculan mereka umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Bulan Ramadan bulan mulia. Dalam berniaga kejujuran dan keikhlasan amat penting.
Jangan menangguk di air keruh. Mencari rezeki walaupun sedikit tetapi biarlah penuh baroqah.
Tular dalam media sosial facebook pada 28 April 2020, satu kejadian yang di luar jangkaan menimpa seorang kakitangan di sebuah klinik (tidak dinyatakan lokasi) apabila pesanan makanan yang dibuat dikenakan caj penghantaran sebanyak RM99.
Nak pergi haji balik hari ke seller nie?
Sebanyak 33 pesanan juadah berbuka puasa dibuat oleh sekumpulan kakitangan di sebuah klinik yang sama kepada seorang peniaga makanan terpaksa membayar caj penghantaran RM3 bagi setiap pesanan!
Besar jumlahnya dan macam tidak lojik pulak.
Mengikut hantaran pemilik akaun Facebook berkenaan, Nadia Abdul Kadir dia terlebih dahulu membuat pesanan kuih lepat labu sebanyak 10 biji dengan harga RM5 dan caj penghantaran RM3.
Harga yang perlu dibayar RM8 dan beliau bersetuju.
Nadia kemudiannya turut mengumpul pesanan dari kakitangan lain dan memaklumkan kepada peniaga jumlah pesanan dan tanpa berbincang peniaga menaikkan caj penghantaran RM15 dan walaupun mahal mereka bersetuju dengan harga itu kerana malas nak bertekak.
Bagaimanapun, ketika penghantaran dibuat peniaga memaklumkan setiap pesanan perlu menjelaskan caj penghantaran RM3!
Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM99 dan mahu atau tidak mereka menjelaskan bayaran kerana masing-masing mahu cepat pulang ke rumah untuk membuat penyediaan berbuka puasa pula.
Malam ni KakYa nak cerita sikit.
Alkisah Lepat Labu & Tepung Bungkus Eksklusif tajuk dia😁
Cerita dia camgini.
Pagi tadi, kitorang kat klinik ni kumpul-kumpul order lepat labu dan tepung bungkus ni.
Rm5 untuk 10 biji.
Mahal ke murah, KakYa tak tau.
Yang penting, ada orang mai cod, KakYa tak payah gi kedai. Haha..
So, kumpul punya kumpul, adalah dalam 33 order.
Seller kata charge cod rm3.
So kami kata ok lah kan.
Tup-tup, bila kami submit order yang banyak, almost rm100 lebih, ehh..dia tukar pulak, kata charge cod rm15.
Masa tu semua orang like😱😱
Biar betul? rm15? Bukan jauh pun.
Tung tang tung tang, oklah malas nak pening-pening, kami pun ok laa rm15 cod tu. Huhu..
Last-last korang tau tak kejadiannya apa??
Bila dia sampai, dia dah siap-siap packing ikut list nama yang order.
Ok, part ni alhamdulillah la.
Sebab asalnya seller mintak kami masing-masing sediakan plastik sebab dia akan hantar banyak sekaligus, bukan individual packing (kami yang kena bahagi-bahagi sendiri).
Masa ni kami dah pelik la jugak.
Tapi kami mintak jugak plastik dengan dia.
Tapi kan korang..
Kejadian yang tak pernah KakYa jumpa sejak KakYa berniaga selama hampir 8 tahun ni adalah...
DIA CHARGE COD RM3 UNTUK SETIAP ORANG YANG ORDER!!🤭
Total staf yang order lebih kurang dalam 33 orang.
Charge cod lepat labu & tepung bungkus kami tadi adalah lebih kurang rm99 uolls😂😪
Tak tahu nak marah ke, nak nangis ke or nak gelak.
Aduhh..
KakYa rasa lah, seller mungkin tak pernah cod kot sebelum ni😅
Kaya wei kalau charge cod camgini. Haha..
Salah kan seller tu?
Ke dia betul KakYa yang salah?
Entah laa..🤷♀️
KakYa pikir, biarlah. Rezeki dia. Haha..
Tapi kan korang..
Jangan la camni.
Ini namanya amik kesempatan tau.
Kalau camni, baik kami mintak seller cod kat rumah kami masing-masing.
Ini, hantar tempat sama.
Pasaipa nak charge cod per head?
Haaihh...Hairan..
So, malam ni KakYa gurau kata kat semua.
Kulit balut lepat pun kita kena makan jugak.
Mahai ooiii🤣🤣
×××××××××××××××××××××
OKLAH KakYa EDIT SIKIT TAMBAH NOTA KAKI NI SEBAB RAMAI YANG TANYA..
Mula-mula bila deal cod katanya rm15.
Bila dia sampai, tup-tup dia kata rm3/kepala.
Disebabkan tadi seller pun sampai lambat, kami dah lewat dah, masing2 kejar nak balik masak-masak pulak.
So malas nak argue. Bayar je.
Tapi tak order dah la lepas ni. 😅😆


Apakah peniaga makanan ini baru pertama kali buat bisnes online sempena Ramadan tahun ini atau sengaja mengambil kesempatan mengaut untung atas angin?
Hanya tuan empunya diri yang mempunyai jawapannya!!
Berikutan itu, warganet memberi pelbagai komen yang rata-rata tidak bersetuju peniaga itu mengenakan caj yang tinggi untuk jumlah pesanan yang banyak tetapi di lokasi yang sama.
Memang tak patut peniaga ambil bayaran tinggi. Patutnya berikan sahaja penghantaran percuma sahaja.


Bagaimanapun pada 29 April 2020 sekali lagi Nadia membuat hantaran dalam Facebooknya dan memohon maaf kepada mereka yang memberi komen pada statusnya sebelum itu.
"Kak Ya sebenanya tak da nak aibkan sesiapa pun dan kalau ada yang terasa Kak Ya nak minta maaf banyak-banyak."


Kiriman Nadia mendapat reaksi positif warganet yang memuji tindakannya itu yang bukan berniat untuk mengaibkan peniaga sekadar memberi perngatan bersama.


Macam-macam kerenah peniaga makanan ni.
Ada yang terlalu bermurah hati memberi caj penghantaran serendah RM1 atau RM2, ada yang bagi free COD bila terima pesanan banyak di lokasi sama tetapi ada juga yang cekik darah seperti kes ini.
Dalam pada itu, ada entri terbaru daripada Nadia pada 29 April 2020:
Betapa hebatnya kuasa membawang netizen di Malaysia!!
Justeru, diharapkan ada persetujuan antara pembeli dan peniaga dalam hal hal yang membabitkan wang, masa dan tenaga.
Semuanya perlu diambil kira oleh kedua-dua pihak. Jangan cakap belakang-belakang.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk "cakap biaq terang". - KitaReporters