Selera & Santai 05 Jul, 2021

Video| "Air mak kau hijau ni" bukan air chlorophyll! Gara-gara semua terikut minum air hijau!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Dalam TikTok banyak video tular mengenai penjagaan muka. Salah satu yang menjadi ikutan ramai anak muda mengenai minuman klorofil (chlorophyll) berwarna hijau yang dikatakan bagus untuk kesihatan badan dan muka akan kelihatan sangat bersih.

Ramai juga orang mencuba minum minuman berwarna hijau itu untuk melihat keberkesan dan dikongsikan dalam TikTok masing-masing.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minuman


Namun, berbeza pula dengan seorang wanita apabila beliau juga ingin mencuba tip ini dengan meminum pewarna hijau makanan membuatkan ramai netizen tertawa akan tindakannya.



Dari video TikTok yang dikongsikan kelihatan beliau meletakkan sesudu pewarna hijau makanan ke dalam cawan berisi air.


Beliau turut mengemukakan soalan kepada orang ramai:

"Aku nampak banyak orang minum air hijau ni dekat For You Page (FYP), brand ni ke?" tanyanya.



Ramai netizen yang meninggalkan komen pada videonya kerana percaya bulat-bulat bahawa wanita itu tidak tahu air klorofil yang sebenar.

"Weh jangan la pembaris sangat, dia perli tu. Terlampau boring lalu benda sama je haha," ujar seorang netizen.

Namun, ramai juga yang memberi komen-komen lucu apabila wanita ini minum pewarna hijau makanan.

Macam-macam kerenah sekarang, lagi-lagi sewaktu PKP ni. Diharapkan anda meluangkan masa melakukan aktiviti yang bermanfaat agar tidak tertekan kerana sudah sebulan lebih kita tidak keluar rumah. - KitaReporters





0
0
0
2
0
You will be interested