Selera & Santai 14 Jun, 2022

Dah cuba Pes Ratu Tumis? Mudahkan kerja wanita di dapur! Senangkan masak di restoran! Semua sedap!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Jangan tak percaya dengan empat perasa pes Ratu Tumis ini boleh menghasilkan kira-kira 400 jenis resipi.


RATA-RATA rakyat terutama golongan B40 mengeluh kerana terkesan dengan kenaikan harga barang keperluan. Bagi yang mempunyai ahli keluarga ramai, mana mungkin membeli makanan luar selalu kerana semua itu kos. Adalah lebih baik jika memasak sendiri.

Bagi yang hidup bujang, kalau setiap hari membeli makanan luar bosan pula, sesekali nak juga makan hasil air tangan sendiri, bagi yang pandai memasak.

Untuk yang tak pandai memasak pun jangan bimbang, anda boleh saja memasak sendiri dengan bantuan pes Ratu Tumis keluaran Rasa Rosz Sdn. Bhd.

Pes Ratu Tumis boleh didapati dalam empat perasa iaitu sambal, gulai, sup dan asam pedas. Menariknya, daripada empat perasa itu boleh dipelbagaikan hingga dapat menyediakan kira-kira 400 jenis resipi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan dan masakan

Rozita Ramelan kongsi resipi nenek moyang dengan pengguna produk jenama Ratu Tumis.


Ketua Pengarah Eksekutif yang juga pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd., Datuk Seri Rozita Ramelan berkata, tujuan pengeluaran produk pes Ratu Tumis adalah untuk memudahkan suri rumah ketika di dapur dan sekali gus membantu orang ramai menjana pendapatan

“Ini bukan magik tapi realiti, semua orang boleh melakukannya. Melalui empat pes ini kita boleh manipulasikannya menjadi hingga 400 resipi. Jangan risau, walaupun anda hanya menggunakan pes Ratu Tumis saja, rasa masakan tetap sama kerana di dalam setiap pes sudah lengkap dan ia merupakan produk kecemasan.

“Contohnya, pes gulai ini kalau beli serbuk kari di luar sana, ia ada serbuk kari ayam dan daging. Pes Ratus Tumis gulai keluaran kami, selain pekat dan likat, tak ada air, penuh dengan bahan-bahan semula jadi, tak ada MSG dan gerenti memang sedap.

 “Pes gulai ini boleh digunakan untuk buat kari ayam atau kambing, masak kurma, lontong dan segala masakan gulai. Dalam ini macam-macam rempah ratus ada seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, cili, bawang besar, bawang merah dan serai.

“Untuk pes sambal pula, kalau tak ada bahan lain hanya ada ikan bilis, campak saja pes ini dah boleh siap. Kalau rajin sikit, tiba-tiba nak buat ayam masak merah, boleh guna pes sambal ini juga. Begitu juga kalau nak masak sardin tin, guna saja pes asam pedas. Menggunakan pes keluaran Rasa Rosz ini akan menjimatkan masa dan bahan-bahan yang kita guna,” katanya berkongsi cara masakan menggunakan pes keluaran Rasa Rosz.


Rozita bersama Cef Ismail dan Mubarak Majid sewaktu majlis pelancaran produk Ratu Tumis di Restoran Rebung, baru-baru ini.


Tambah Rozita, walaupun dia sudah berkongsi tentang kelebihan Ratu Tumis, tapi ramai juga yang sangsi dan tertanya macam mana nak masak pelbagai jenis masakan dengan empat jenis pes.

Bagaimanapun dia beruntung kerana platform sosial media banyak membantunya untuk berinteraksi dengan pengguna yang pada awalnya kurang yakin dengan kelebihan Ratu Tumis.

“Saya sebenarnya sudah menjalankan perniagaan selama 25 tahun dan Rasa Rosz Sdn. Bhd ditubuhkan tiga tahun lepas sebelum pandemik. Ingat nak lancar produk pada waktu pandemik tu tapi tiba-tiba siapa tahu Covid dan kemudian PKP pula tak boleh keluar. 

“Stres juga waktu itu tapi mungkin ada hikmahnya. Pada waktu itu memang stuck, tak sangka bila buat promosi menerusi media sosial dapat sambutan yang hangat. 

“Beruntungnya saya apabila pandemik, ada orang yang tak tahu memasak tapi mereka terpaksa masak sendiri untuk pelbagai masakan. 

“Masa tulah ramai yang menggunakan produk kami dan alhamdulillah, oleh kerana itu ia berkembang sampai sekarang, kita ada di 40 outlet AEON. Kita ada di Sogo dan insya-Allah kita akan berada di Jaya Grocers, Giant dan sebagainya,” katanya tersenyum bangga.


Pes Ratu Tumis menggunakan bahan asas asli dan sebab itulah masakan menjadi sedap.


Tegasnya walaupun di pasaran banyak produk yang sama dijual tapi jenama Ratu Tumis ada keunikan tersendiri. Pes keluaran syarikatnya menggunakan bahan asli, tiada bahan tiruan. Pekatan dan segala bahan yang diguna adalah bermutu tinggi. 

Selain daripada halal, Ratu Tumis ini adalah mild pes yang boleh dimanipulasikan dengan pelbagai masakan selama sebulan. Semua Ratu Tumis ini adalah bahan asas untuk menumis, iaitu ibu kepada segala jenis bahan tumisan.

“Pes Ratu Tumis gulai boleh buat segala masakan yang berempah macam lontong, laksa Johor dan sebagainya. Harganya mampu milik. Pada ketika ini harga pasaran di AEON RM6.90 untuk harga pengenalan. Hanya pada bulan Jun saja. Harga di pasaran adalah RM7.90. 

“Di Malaysia, kita ada banyak negeri. Dari Melaka, Johor, Negeri Sembilan asam pedasnya semua berbeza. Bahannya itu mengikut negeri masing-masing untuk bahan tambah. Tapi bahan asasnya untuk asam pedas adalah bawang dan cili kering.

“Bahan tambahan itulah mengikut kehendak. Macam asam pedas baba nyonya, cair sikit, asam pedas Johor pekat, kat Melaka kadang-kadang tambah rempah ratus sikit. Ikut pengolahan resipi masing-masing. 

"Yang seronoknya, kalau kita salah buat rasanya masih sedap. Ikut arahan di belakang bungkus itu mesti jadi,” katanya yang menyasarkan untuk mengedar produk tersebut ke seluruh Malaysia.


Amy Mastura dan Syed Wafa tampil sebagai pengacara pada majlis pelancaran produk Ratu Tumis.


Selain itu, Rozita juga menyasarkan setiap rumah memiliki produk Ratu Tumis, sekurang-kurangnya satu perasa untuk digunakan sewaktu kecemasan. 

Seperti peniaga lain, Rozita juga menyasarkan jualan berjuta-juta dan langkah awal yang perlu dilakukan adalah memperbanyakkan lagi iklan dan promosi. 

Klien kita sekarang ini banyak orang yang bisnes kedai makanan dan restoran. Sebab restoran ni tak boleh buat pes awal, dia kena beli pes yang sudah siap. Kalau dia beli cili kering hari ini dan esok akan rasa lain, tak konsisten rasanya. 

“Bila dia beli daripada kita, rasa cili tu sama saja bila diguna. Pergi ke mana-mana cawangan restoran pasti rasanya sama dengan restoran induk,” ujarnya. 

Dalam waktu yang sama kata Rozita, pihaknya juga ingin membantu sesiapa saja yang berminat untuk menjadi ejen produk Ratu Tumis.

“Kita sebenarnya nak membantu peniaga-peniaga kecil di luar sana. Kita ada buka tawaran untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen yang kita anggap sebagai ahli keluarga Rasa Rosz.

“Di situ saya secara peribadi akan mengajar macam mana cara berniaga dan menjana keuntungan sekecil-kecil daripada RM168 sebulan, sampailah ke RM40,000 sebulan,” katanya.


Ahli keluarga dan rakan-rakan hadir memeriahkan majlis anjuran Rasa Rosz sebagai sokongan kepada Rozita.


Tegasnya, untuk meniaga produk makanan tidak susah kerana jika sesuatu produk itu sedap dan halal, insya-Allah pembeli akan ulang membeli lagi.

“Produk makanan ni kalau dah halal, sedap orang akan repeat order dan tidak susah untuk menjual. Sekarang ini biasanya ejen kita akan datang ke HQ dan beli satu karton. Satu karton ada 14 kit akan di hantar ke rumah, tidak perlu bayar kos logistik kerana itu semua kita dah kira, ejen tolong jual saja. 

“Sekarang kita ada 300 ejen dan yang aktif 50 iaitu mereka berniaga. Yang lain tu pakai dan berniaga. Yang berniaga makan tu ada 30 di seluruh Malaysia dan alhamdulillah saya nampak perkembangannya,” katanya yang boleh dihubungi menerusi website www.rasarosz.com atau hubungi Ratu Tumis melalui talian 0138082772. - KitaReporters


13
15
0
6
0
You will be interested