Selera & Santai 18 Feb, 2023

Tudiaaa! Nasi Kandar Stadium pun dah ada Menu Rahmah! RM5 je! Nasi berlauk ayam, ikan dengan sayur!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Program Menu Rahmah yang diperkenal oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus mendapat sambutan hangat dengan pengusaha Nasi Kandar Stadium di Cheras, menawarkan set nasi kandar berserta lauk ayam atau ikan dengan sayur serendah RM5.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub di laman Facebook, setiap pelanggan kini dapat menikmati nasi kandar dengan lauk yang berlainan yang akan disediakan setiap hari dengan hanya perlu berbelanja sebanyak RM5.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nasi kandar



“Satu demi satu peniaga restoran di Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah.

“Alhamdulillah, dalam sesi Jelajah Menu Rahmah hari ini saya telah merasmikan Menu Rahmah di Restoran Nasi Kandar Stadium, Cheras, KL.

“Restoran Nasi Kandar Stadium akan menyajikan tujuh menu berbeza mengikut hari dengan harga serendah RM5. Saya berbesar hati atas kesudian para peniaga India Muslim di Malaysia yang memberi sokongan kepada inisiatif KPDN,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan yang baik terhadap inisiatif yang ditawarkan ini serta membuat perancangan untuk ke kedai nasi kandar itu bagi menikmati tawaran Menu Rahmah yang disediakan.



“Mohon rakyat menyokong insiatif baik ini dengan manfaat peluang yang disediakan dengan sebaiknya supaya Menu Rahmah ini akan berterusan. Rakyat untung sebab harga murah, peniaga pun untung sebab ramai orang,” jelas Mohd Sabri Wahab.

“Terbaik YB Datuk Seri Salahuddin Ayub teruskan usaha demi kebajikan rakyat,” kata Putra Minangkabau.

“Alhamdulillah semakin banyak pilihan restoran untuk kita menikmati Menu Rahmah,” ujar Zairi Suboh. - KitaReporters


14
16
0
7
0
You will be interested