SETIAP negeri dan daerah di negara kita mempunyai tempat-tempat yang unik dan menarik untuk dikunjungi. Dari tempat-tempat percutian sehingga tempat makan. Nak pulak zaman sekarang ni zaman viral, maka setiap ceruk dan pelusuk tempat menarik mudah di kunjungi. : KitaReporters.com
Sumber foto Media Sosial
Cerita pulak musim-musim buah ni, pasti akan teringat musim buah rambutan, langsat, manggis dan paling hebat adalah raja segala buah iaitu buah durian.
Namun jangan pulak lupa dengan buah-buah yang lain yang terdapat di Kawasan-kawasan atau daerah di seluruh tanah air.
Siapa sangka buah tembikai atau nama botaninya dipanggil Citrullus lunatus kini semakin banyak penghasilan pengeluarannya di Pantai Timur. Orang Pantai Timur terutama di negeri Kelantan memanggil buah tembikai ini sebagai timun Cina.
Sumber foto: Media sosial
Ia amat sinomim dengan para petani di negeri Kelantan di mana ia merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam keluarga Cucurbitaceae.
Jajahan Bachok merupakan antara pengeluar buah tembikai yang tinggi berbanding kawasan-kawasan di jajahan lain di negeri Kelantan.
Penanaman tembikai di jajahan Bachok terbahagi kepada dua kluster.
Kluster yang pertama di Zon Kandis, Beris Lalang yang mana keluasannya lebih kurang 200 ekar, manakala kluster kedua ialah di Zon Gunong dengan keluasan penanamannya lebih kurang 150 ekar.
Sumber foto: Malaysiaaktif
Memetik laporan sebuah portal Malaysiaaktif ketika mereka menemui Pegawai Pertanian Bachok, Nadea Muhd Nordin, beliau berkata, setiap ekar mampu menghasilkan hampir 10 tan tembikai dan purata pengeluaran tembikai semusim sekitar 8,000 tan.
Bagi setiap ekar, pengeluaran tembikai ia mampu memberikan pendapatan kasar sekitar RM10,000 bergantung pada harga pasaran semasa.
Sumber foto: Media sosial
“Ada kalanya ketika pengeluaran tempatan terlalu banyak dan ditambah pula terdapat pengeluaran tembikai di kawasan-kawasan lain, ia akan mempengaruhi harga jualan tembikai tersebut.
"Ada kemungkinan fenomena itu terjadi, namun hingga kini harga buah tembikai masih stabil kerana permintaan agak tinggi dari luar Kelantan seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya.
"Di Bachok, penanaman tembikai ini merupakan satu aktiviti pertanian yang sudah pun bertapak sejak sekian lama.
Ada yang mengatakan penanaman tembikai di sini telah pun memasuki era setengah abad, malah telah menjadikan Bachok terkenal sebagai pusat pengeluaran utama tembikai di Kelantan.
Sumber foto: Media sosial
"Penanaman tembikai telah membuka peluang usahawan pertanian kepada penduduk di sini dengan bantuan dan tunjuk ajar Jabatan Pertanian Bachok," katanya lagi.
Jadi barulah sekarang ini kita tahu, buah tembikai ini kebanyakkannya di tanam di negeri Kelantan.
Selama ini, jenuh jugak memikir mana datangnya buah tembikai ini? Kat mana pusat penanamannya?
Rupanya di belah Pantai Timur.
Jangan lupa, masakan dan makanan di Pantai Timur sedap-sedap belaka.
Satu lagi nak pesan.. kalau nak pergi beli
jangan cari tembikai, tapi cari timun Cina. Musim panas ni kalau pekene timun Cina pun sedap. - KitaReporters.com