Selera & Santai 20 Jan, 2020

[VIDEO] DESTINASI BAHARU: GANSU KAMI DATANG

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
NEGARA China merupakan sebuah negara yang sangat unik dan terkenal dari pelbagai aspek seperti budaya, sejarah dan gaya hidup. Jika Beijing, Guangzhou dan Xian menjadi pilihan rakyat Malaysia sebelum ini, kini mereka perlu meletakkan nama Gansu sebagai salah satu senarai destinasi baharu yang bakal dilawati selepas ini. : KitaReporters.com.my


Gansu yang terletak di Utara China merupakan gabungan antara tanah tinggi Tibet dan Mongolia dan antara destinasi uniknya ialah Sungai Kuning (Yellow River), yang mana ia merupakan laluan Sungai Yangtze yang terletak di daerah Baiyin.

Lebih menarik, ia juga merupakan tapak pertama untuk laluan ke Tembok Besar China dan faktor ini bakal menawarkan pengembaraan mengujakan kepada pelancong.

Gansu juga terkenal dengan padang pasir Gobi semula jadi yang  yang luas, di samping gunung salju dan glasier serta kawasan berbukit bukau yang menarik.   

TIMBALAN Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Tourism Malaysia, Chan Hon Mun (tiga dari kanan) dan Pengarah Jabatan Pelancongan & Kebudayaan Antarabangsa Hong Kong, Macau, Taiwan yang bercawangan di  Gansu, China, Sun Sen (dua dari kanan) sewaktu majlis MoU di Kuala Lumpur.


Pengarah Jabatan Pelancongan & Kebudayaan Antarabangsa Hong Kong, Macau, Taiwan yang bercawangan di Gansu, China, Sun Sen berkata, terdapat sebuah daerah di negeri itu yang dikenali sebagai "Mekah kecil".

Menurut beliau, Gansu merupakan negeri mesra Muslim kerana terdapat sebuah daerah yang diduduki  ramai komuniti Islam dan rakyat Malaysia khususnya beragama Islam dapat  menikmati makanan halal  dan bersolat di sebuah masjid di situ.

“Pelancong Muslim tidak perlu risau mengenai aspek makanan dan minuman  kerana tahap kebersihan dan pengesahan halal di premis itu sentiasa dipantau agar sentiasa terjamin kepada pelancong.

SEBUAH kuil menarik dibina dilereng bukit di Gansu, China


"Sebagai permulaan kerjasama, pihak kami menawarkan beberapa pakej menarik untuk dipilih oleh ejen pelancongan Malaysia bagi mempromosi  Gansu kepada pelancong.

"Kami berharap kerjasama ini dapat  diteruskan serta berpanjangan dan pada masa sama, dapat menjana sumber pendapatan dari segi pelancongan bagi kedua-dua negara," kata Sun Sen.

Beliau berkata demikian sewaktu  berucap pada majlis pelancaran Mempromosikan  Kebudayaan dan Perlancongan Gansu, China di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini.

TAMAN awam yang dipenuhi di pelbagai jenis bunga memberi pemandangan menarik kepada pelancong di Gansu, China 


Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kedua belah pihak iaitu antara Gansu dan Malaysia bagi mengerat dan mengukuhkan hubungan bagi mempromosikan destinasi pelancongan di kawasan berkenaan.

Majlis bertemakan, ‘Silk Road in Symphony, Gansu in Harmony’ itu bersesuaian dengan negeri tersebut yang memiliki gabungan  pembangunan, kebudayaan serta menjadi jalan penghubung Koridor Perdagangan, ketenteraan dan mempunyai sejarah perubahan ketamadunan yang hebat.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Tourism Malaysia, Chan Hon Mun.

TIMBALAN Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Tourism Malaysia, Chan Hon Mun (kiri) dan Pengarah Jabatan Pelancongan & Kebudayaan Antarabangsa Hong Kong, Macau, Taiwan yang bercawangan di  Gansu, China, Sun Sen.


Gansu memiliki  keluasan  454,000 kilometer persegi serta memiliki populasi lebih daripada 26 juta penduduk.

Kawasan yang mengalami iklim empat musim itu sesuai dilawati pada bila-bila masa dan ia menawarkan pelbagai kawasan yang menarik untuk dikunjungi sama ada di utara, selatan, timur dan barat Gansu.

Di samping itu, ia juga kaya dengan keindahan kebudayaan dan sejarah untuk ditonjolkan kepada  pelancong.

PEMANDANGAN kawasan  berbukit di Gansu,China menarik hati.


Sementara itu, Hon Mun menjelaskan, pihaknya berbangga kerana Kuala Lumpur dipilih oleh pihak berkuasa pelancongan di Gansu, China untuk mempromosikan produk pelancongan dan kebudayaan mereka di negara ini.

“Ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Gansu bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) yang berlangsung tahun ini dan pihak kami akan mengambil peluang ini dengan  mempromosikan Malaysia dalam kalangan rakyat  China,” katanya.

Tambah Hon Mun, kerjasama itu juga akan dapat meningkatkan lagi kehadiran  pelancong di dua buah negara dan selain dapat mewujudkan  satu platform yang menguntungkan dalam industri pelancongan untuk jangka masa panjang. - KitaReporters.com

TASIK semula jadi di lereng bukit di Gansu, China mendamaikan pelancong ketika berkunjung ke sini.



3
0
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 1 month ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago