Selera & Santai 04 Nov, 2022

Kami bantah! Penduduk Pulau Perhentian bantah syarikat asing diberi tanah! Bina resort antarabangsa!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pulau Perhentian


PENDUDUK Pulau Perhentian, Besut merayu Kerajaan Negeri Terengganu agar menimbang semula tindakan menyerahkan tanah di Teluk Keke di pulau itu kepada sebuah syarikat perhotelan dari luar negara untuk membina resort bertaraf antarabangsa di pulau peranginan terkenal tersebut. 

Projek pembinaan resort berharga RM500 juta yang dicadangkan itu memberi kesan kepada sosioekonomi penduduk kerana lokasi berkenaan sebelum ini menjadi tumpuan penduduk menjalankan pelbagai aktiviti sejak berpuluh-puluh tahun lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pulau Perhentian, Terengganu

Penduduk Pulau Perhentian mengadakan bantahan cadangan pembinaan resort oleh syarikat asing di pulau pelancongan tersebut


Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Perhentian, Zainudin Mohd, 53, berkata pihaknya terkejut dengan tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat asing.

Katanya, tanah seluas 42 hektar itu sudah diwartakan sebagai kawasan larangan menyebabkan penduduk tidak dapat menjalankan pelbagai aktiviti sosial di situ.

Beliau berkata, penduduk tidak menghalang kerajaan membangunkan pulau tersebut, tetapi janganlah menyerahkan tanah tersebut kepada pemilik asing.


Zainudin Mohd


“Lokasi tersebut sebelum ini dijadikan tempat pendaratan helikopter jika berlaku kes kecemasan di pulau itu selain tempat latihan anggota tentera,” katanya selepas mengetuai penduduk membuat bantahan kepada cadangan pembinaan resort tersebut.

Kira-kira 50 penduduk sebahagian besarnya nelayan mengadakan bantahan secara aman terhadap pembinaan resort berkenaan.

Difahamkan kerajaan negeri dan syarikat perhotelan bertaraf antarabangsa itu sudah mengadakan perjanjian pajakan bagi pembinaan resort mewah berkenaan pada tahun 2021.


Kanak-kanak sedang bermain di pantai yang akan dibangunkan resort mewah oleh syarikat asing


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, beliau yang bersimpati dengan nasib penduduk terbabit akan membangkitkan perkara itu pada sidang DUN Terengganu pada bulan November ini. 

“Saya berharap kerajaan negeri akan dapat mempertimbangkan semula cadangan tersebut dengan mencari lokasi lain jika ingin meneruskan projek berkenaan,” katanya. - KitaReporters


Penduduk Pulau Perhentian mengadakan bantahan secara aman meminta Kerajaan Negeri Terengganu mengkaji semula cadangan pembinaan resort mewah oleh syarikat asing di pulau itu.

13
15
0
18
1
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago