Selera & Santai 02 Jan, 2026

Video| China jadikan Malaysia hab halal makanannya! Yakin sijil halal kita! Diterima seluruh dunia!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

DI SEBALIK riuh kecoh sesetengah pihak di negara ini mempertikai apa perlu dititikberatkan penggunaan sijil halal, tetapi sebenarnya memberi keuntungan kepada peniaga China Muslim dari tembok besar China untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat hab halal untuk mengekport produk mereka ke seluruh dunia.


 



Pempengaruh @ influencer terkenal dari komuniti perniagaan China Muslim, yang juga pengasas Eatai Global, Ma Ru Xiang atau Shoaib Ma, berkata kepercayaan negara China terhadap sijil halal di Malaysia membuka peluang kepada peniaga dari China untuk mengeksport produk mereka ke seluruh rantau Asia sehingga ke Eropah dan Afrika selain New Zealand dan Australia.

Pengusaha produk asal China tu jadikan operasinya dan berpusat di Malaysia.

Malah banyak permintaan mengeksport produk itu diterima secara mendadak hasil sambutan 3rd Malaysia International Muslim Food, Culture and Tourism Festival (Festival Makanan, Kebudayaan dan Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia Ketiga) di Pusat Beli Belah 1Utama, Bandar Utama yang berakhir pada 5 Januari 2026.

Malah ketika wartawan KitaReporter yang sedang mewancara, Shoaib diserbu oleh pelancong asing termasuk dari Perancis yang meminta dia mengadakan festival makanan China Muslim sama ke negara mereka kerana yakin dengan sijil halal di Malaysia. 



Malah tahun 2025, Shoaib dilantik menjadi duta pelancongan Maldives negara untuk orang Islam sepenuhnya.

"Sangat teruja dengan sambutan kali ini. Setiap tahun bilangan pengunjung kian bertambah dan kami berharap dapat mengadakan acara ini setiap tahun. Pelancong yakin dengan sijil halal Malaysia. 

''Malah peniaga dari China mahu mengambil peluang menjadikan Hab Halal Malaysia sebagai medan mengeksport produk halal dari China. 

"Ini seakan mengembalikan fungsi Malaysia sebagaimana Melaka yang disegani China pada abad ke-15 sebagai pusat dagangan utama di Asia Tenggara.

"Ini kerana orang ramai masih sangsi dengan produk "halal" dari negara kami. Orang tertanya-tanya kami, betul ke "halal?". 

"Tetapi tengoklah festival ini memberi satu keyakinan kepada pelancong beragama Islam untuk mengiktiraf produk dari China sebagai halal toyibban," katanya. 

Halalan Toyyiban bermaksud makanan atau produk yang bukan sahaja sah mengikut hukum Islam (halal), tetapi juga baik, bersih, sihat, berkhasiat, dan selamat untuk dimakan atau digunakan (toyyiban), selaras dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168, yang menekankan aspek syariat (halal) dan etika/kesihatan (toyyiban) untuk kesejahteraan manusia secara menyeluruh. 





Lebih kurang 60 vendor dari China dibawa ke Malaysia untuk menyediakan hidangan autentik China kepada rakyat Malaysia. 

Sebelum ini restoran Cina Muslim semakin bercambah tumbuh di negara ini. Sehingga satu ketika ada mi tarik di sebuah restoran itu menjual lebih sejuta mangkuk mi pada tahun lalu (2024) dan membuka lebih 50 restoran di seluruh negara.

Sehubungan itu, kata Shoaib lagi, pengusaha dari China dari semasa ke semasa menghasilkan makanan di kilang tempatan di Malaysia dan dijual di rangkaian restoran Cina Muslim bukan saja di seluruh negara malah akan ke rantau Asia dan negara yang mahukan produk berkenaan.

Shoaib yang begitu teruja dapat menjadikan Malaysia rumah keduanya sejak 2015 berkata, kebaikan rakyat negara ini yang berbilang kaum membuat dia yang sebelum ini "menjual produk pelancongan" kini turut menfokuskan kepada kerjaya sebagai pempengaruh yang menawarkan tempat pelancongan, restoran dan menjalin hubungan dagangan China-Malaysian ala-ala "barter-trade".

"Bayangkan lebih 20 juta rakyat Muslim di China menjadi minoriti kepada 2 billion penduduk China. 

"Kalau di Malaysia orang Islam adalah majoriti buatkan kami (China Muslim) sangat suka untuk bersama saudara segama berniaga makanan Muslim daripada 8 suku kaum China Muslim.

"Pengesahan hab halal Malaysia ini memberi keuntungan berganda sebagai pusat pengedaran utama edaran ke seluruh dunia dengan penempatan kilang yang memproses produk halal China di sini (Malaysia)." katanya.



Pempengaruh yang juga penganjur Pasar Eatai, Shoib Ma berkata festival kali ni akan membawa makanan asli China dari daerah Lanzhou, Xi' an, Yunnan, Xinjiang, Hebei and pendalaman Mongolia bersama dengan gerai Palestin dan Pakistan.

Pertunjukan muzik tradisional China, kaligrafi Guzheng dan persembahan Erhu akan menjadi hiburan menarik untuk pengunjung bersantai

Ada pelancong sejauh Perancis, Mauritius, Amsterdam, Jordan dan sedekat Singapura yang datang semata-mata untuk bertemu Shoaib selepas melihat festival itu dalam Instagram dan TikTok dia. 

Keluarga dari Perancis yang hanya mahu dikenali sebagai Yasmina berkata suaminya sangat teruja dan mereka bercuti seminggu di negara ini, semata-mata untuk menikmati sajian halal dan berharap acara itu dibuat di negaranya.

Sementara itu ketika ditanya pemakaian tudung di China yang dikatakan tidak disenangi pemerintah, Shoaib berkata kebanyakan itu propaganda untuk memburuk-burukkan China sedangkan rakyatnya bebas berpakaian.

"Cuba lihat peniaga wanita yang ada di sini. Mereka sangat senang hati menggayakan tudung dan melayan pengunjung dengan mesra," katanya sambil ditambah oleh saya, wanitanya yang putih bersih, mata sepet yang comel ketika macam "anak patung hidup". - KitaReporters




11
9
0
14
0
You will be interested