Selera & Santai 21 Sep, 2025

Anda pemilik motosikal? Cabutan bertuah Mercedes Benz A250! Mai datang ke Festival Y15 Y16ZR 135LC!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: [email protected]

Share this

Berbagai warna motosikal milik anak-anak muda bakal disaksikan oleh orang ramai apabila motosikal-motosikal tersebut berada di negeri Pulau Pinang dalam masa terdekat.



Sehubungan itu, dianggarkan lebih 20,000 orang pemilik motosikal dari seluruh negara, kecuali Sabah dan Serawak akan berkumpul selama dua hari di Midtown Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Mereka berada di negeri Pulau Mutiara ini mulai 26 sehingga 27 September ini bagi menyertai Festival Y15 Y16ZR 135LC 2025.

Festival itu dianjurkan oleh Maju YX 15 Enterprise dari Taman Bertam Indah, Kepala Batas daerah Seberang Perai Utara (SPU).


KU MUHAMMAD KU MAT


 

Mesyuarat bagi mengadakan Festival Festival Y15 Y16ZR 135LC 2025


Penganjur festival itu, Ku Muhamad Nazri Ku Mat berkata, hendak menganjurkannya, bukan satu perkara mudah, perlu ada perbincangan dengan banyak pihak.

"Banyak pihak memberi kerjasama, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan lain-lain," katanya.

Menurutnya, lagipun, bukan mudah untuk menghimpunkan peminat motosikal jenama berkenaan untuk berada di negeri Pulau Pinang.

"Bila ada aktiviti seperti ini, ia memberi peluang kepada penduduk tempatan, ambil peluang untuk berniaga macam-macam, termasuk makanan dan lain-lain.

"Homestay yang ada di kawasan Kepala Batas Dan Tasek Gelugor akan habis di tempah oleh peserta festival ini," katanya lagi.

Peserta juga dinasihatkan supaya memandu kenderaan masing-masing dalam keadaan berhemah bagi mengelak daripada berlaku sebarang perkara tidak diingini.


Hadiah utama Mercedes Benz A250 berharga RM100,000 untuk acara cabutan bertuah.


 

Salah sebuah motosikal berharga RM10,000 yang bakal dimenangi peserta bertuah festival itu. 


Ku Muhammad menambah, minat yang mendalam terhadap dunia permotoran membuat dia dan beberapa orang kawan merangka satu rancangan untuk menghimpun motorsikal jenama itu di utara Malaysia.

Bagi memeriahkan festival itu pelbagai hadiah menarik untuk acara cabutan nombor bertuah disediakan.

Hadiah utama berupa kereta Mercedes Benz A250 berharga RM100,000 dan hadiah kedua dan ketiga, berupa motosikal Yamaha LC V8 masing-masing berharga RM10,000 tiap-tiap sebuah.

Hadiah kepada pemenang, termasuk barangan elektrik dan lain-lain pada upacara penutup festival itu akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. - KitaReporters 

8
14
0
7
0
You will be interested