Selera & Santai 12 Jul, 2023

Jom menginap di Singgah Pengerang! Boleh juga ke Singgah Cafe! Kopetro Hotel & Resorts tawar promosi!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Menginap di hotel yang selesa adalah salah satu elemen penting dalam mengekalkan produktiviti ketika menjalankan urusan perniagaan atau lawatan kerja di luar kawasan. 

Persekitaran yang kondusif untuk berehat selepas seharian bekerja membolehkan seseorang profesional bekerja dengan produktif dan efektif.

Singgah Pengerang yang merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro), Kopetro Hotel & Resorts Sdn. Bhd., menawarkan tempat penginapan dengan harga ideal dan sesuai untuk pengembara bisnes merehatkan diri sewaktu lawatan bekerja, melalui promosi bilik penginapan pada harga RM140 satu malam sehingga penghujung bulan September ini. 

Dengan harga promosi tersebut, pelanggan hotel bakal menikmati penginapan yang dilengkapi dengan hidangan sarapan dan makan malam untuk dua orang.



Menampilkan suasana yang mesra pelanggan, Singgah Pengerang komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk pengunjung hotel, dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, Wi-Fi percuma, bilik-bilik dilengkapi televisyen LCD, bar mini, dan bilik mandi.

Singgah Cafe milik Singgah Pengerang turut menawarkan pelanggan hotel menjamu selera dan menghilangkan stres dengan sesi karaoke secara percuma. 

Menarik untuk masa terhad, Singgah Café menawarkan promosi Jom Singgah Ngeteh & Karaoke untuk pelanggan hotel dan orang ramai yang berhampiran mengunjungi kafe tersebut untuk minum petang sambil berhibur dengan sesi karaoke pada Happy Hour bermula jam 5 petang hingga 10 malam.

Melalui promosi ini, pelanggan boleh menikmati set kuih-muih dan secawan kopi pada harga RM9.90 sahaja. 

Juadah utama yang sememangnya laris dan istimewa di Singgah Café seperti Nasi Ayam, Nasi Arab dan Nasi Beriani juga boleh didapatkan pada harga RM18 untuk setiap hidangan.



Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, promosi terbaharu Singgah Pengerang ini diadakan bagi memperluas pengetahuan masyarakat tentang jenama Singgah Hotel dan memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati penginapan yang berkualiti.

"Tawaran eksklusif untuk masa terhad di Singgah Pengerang dan Singgah Cafe ini adalah satu peluang untuk merancakkan lagi aktiviti di kawasan tersebut dan memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman istimewa di Singgah Hotel dengan harga yang berpatutan,” ujarnya.

Tambah Ahmad Shakir, dalam masa sama, Kopetro ingin menggalakkan orang ramai untuk menginap di Singgah Pengerang, sekali gus memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan, dan menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan dalam negara.



Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, di mana rangkaian hotel Singgah milik Kopetro Hotel & Resorts ini menampilkan konsep butik yang menyasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pengembara beg galas (backpackers).

Bermula Januari 2021, Kopetro Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenal Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. 

Menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan. 

Kopetro Hotel & Resorts turut menawarkan perkhidmatan nasihat pengurusan hotel kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan hotel.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 07-8256011 (Hotel) atau 07-8246011 (Kafe). 

Orang ramai juga boleh melawati laman web www.singgah.com.my atau mengikuti akaun media sosial @singgahpengerang dan @singgahcafe di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan informasi terkini. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
12
0
12
0
You will be interested