
Cawangan Nasi Daging Warisan di Taman Suria 6, Jitra.

Nasi Daging Warisan.
Berbekalkan resepi keluarga yang telah bertahan lebih 40 tahun, restoran ini membawa kembali rasa kenduri kampung dengan keistimewaan yang sukar ditandingi.
Di Restoran Nasi Daging Warisan, gulai ceroinya autentik, manakala pelanggan boleh tambah nasi secara percuma tanpa had untuk pelanggan yang makan di kedai.
Nasi daging mereka tidak disajikan dengan dalca mahupun air asam seperti kebiasaan sebaliknya menggunakan kuah gulai ceroi pekat berlemak dan sambal tomato pedas manis menjadikan setiap suapan kaya dengan rasa nostalgia.
“Dulu tok dan tok nek masak untuk kenduri kampung, lepas tu makcik sambung jual dekat bazar Ramadan. Bila sampai ke generasi kami, cicit dia barulah dapat buka kedai makan,” kata Amirun Nasyran Norizan Irman, pemilik Nasi Daging Warisan.

Apa yang benar-benar mencuri tumpuan pelanggan setia adalah layanan luar biasa dengan set nasi basmati, gulai, sambal dan air lemon yang boleh ditambah tanpa had dan bukan sekadar promosi bermusim.
Pastinya ia menjadi amalan tetap sebagai bentuk sedekah dan penghargaan kepada pelanggan.
“Kami kekalkan konsep tambah percuma sejak mula buka hampir empat tahun lalu kerana kami percaya rezeki yang dikongsi akan berkat,” tambahnya.


Kini Nasi Daging Warisan beroperasi di tiga cawangan - Jalan Pegawai di Alor Setar, Taman Suria di Jitra dan Lagenda Heights di Sungai Petani.
Dalam pada itu, selain makan di kedai, pelanggan juga boleh memesan melalui Grabfood, Foodpanda dan ShopeeFood.
Restoran ini turut aktif dalam program kebajikan, menaja makanan untuk majlis ilmu dan menjadi penyumbang tetap kepada majlis iftar di Rumah Makan Percuma Bismi sejak tiga tahun lalu.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan katering dari 15 hingga 1,000 pax, bole hubungi: Amirun (Pengurus) melalui talian 016-413 673 atau Khusyairi (Pengurus Katering) menerusi talian 011-3626 3115. - KitaReporters

