Selera & Santai 20 Oct, 2024

Kat Melaka ada harta karun? 300 peserta harungi cabaran getir pertandingan Melaka Explorace 2024!

@amran mulup
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bermastautin di Melaka. Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Share this

Para peserta sempat berswafoto dengan Ab. Rauf Yusoh sebelum flag-off di Memorial Perisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. 


Pertandingan pencarian harta karun disifatkan cukup mencabar kerana ia bukan sahaja mengukur tahap kecerdasan minda pemain, bahkan turut melihat kerjasama ahli pasukan dalam menyelesaikan soalan yang cukup mengelirukan serta menyempurnakan setiap halangan.

Kebiasaannya ia dianggotai antara tiga atau empat anggota dengan masing-masing mempunyai peranan seperti pemandu, pembaca tulip serta mencari jawapan yang disediakan penganjur sama ada dalam bahasa Malaysia atau English.

Yang pastinya muncul juara adalah kenangan paling manis tetapi lebih penting merasai suasana perjalanan merentas bandar dan kampong ketika suasana ceria da nada ketikanya menjadi serius sewaktu menyelesaikan soalan.

Baru-baru ini kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menganjurkan pertandingan mencari harta karun Melaka Explorace 2024 pada 5 dan 6 Oktober 2024 lalu.

Buat julung-julung kalinya kerajaan negeri menganjurkan Melaka Explorace yang mempertanding tiga kategori Terbuka, Media dan agensi kerajaan negeri/Bernama menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang.


Sebahagian peserta bergambar kenangan sebelum flag-off di Memorial Perisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.


Sejak pukul 6 pagi seramai 300 peserta menaiki 70 kenderaan sudah berkumpul di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.

Selepas acara perasmian dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof para peserta mula mengharungi cabaran awal acara Walk Hunt mencari clue yang perlu dijawab para peserta seperti mengambil enam keeping gambar dari bot Melaka River Cruise dan menaiki beca hingga ke Cendol Jam Besar .

Peserta lain pula terpaksa berjalan kaki hingga ke beberapa muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mencari jawapan dan foto di lokasi yang disediakan.

Sejurus selepas itu para peserta mula menaiki kereta membaca tulip dan soalan yang cukup mengelirukan melalui Perkampungan Portugis, Taman Melaka Raya, Muzium Kapal Selam di Klebang, Sungai Udang, Masjid Tanah, Durian Tunggal, Ayer Keroh, Duyong, Merlimau dan pekan Jasin.

Bagi kategori Terbuka telah dimenangi pasukan Lipan Bara memenangi hadiah wang tunai RM10,000 diikuti Fonce Kitten muncul naib juara menerima RM4000 dan ketiga milik The Duyong mendapat RM2,000.

Kumpulan The Goldfinger dari NSTP pula muncul kategori Media menerima hadiah wang tunai RM5,000, naib juara milik Baby G mendapat RM2,000 dan ketiga meraih RM1,000 dimenangi Kembarojak.

Manakala bagi kategori Agensi Melaka/Bernama disapu bersih oleh pasukan dari Bernama juara menjadi milik pasukan The Baru Nak Up meraih RM5,000, naib juara jatuh kepada Tiga Lucky menerima RM2,000 dan ketiga milik Kingsman mendapat RM1,000. 

Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ab. Rauf dalam suasana meriah apabila hadiah wang tunai antara RM200 hingga RM500 ditawarkan kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Menteri.


Ab. Rauf  menyampaikan hadiah kepada pasukan Lipan Bara yang muncul juara memenangi hadiah wang tunai RM10,000 Melaka Explorace 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. 


Sementara itu Ab. Rauf berkata, pertandingan Explorace Melaka itu akan diteruskan pada tahun depan (2025) dengan kerjasama Bernama.

Menurutnya, pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) mendapat sambutan yang mengalakkan.

Beliau berkata, pertandingan itu dianjurkan sempena pemilihan Melaka menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) pada September tahun depan (2025).

“Terima kasih kepada Bernama yang berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya dan untuk tahun depan (2025) beberapa elemen lain perlu dimasukkan serta menarik lebih banyak penyertaan.

“Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Bernama untuk menambah seri Explorace tahun depan,” ujarnya berucap pada Majlis Penutup Melaka Explorace 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada Ahad, 6 Oktober 2024. - KitaReporters


 

 

 

11
9
0
11
0
You will be interested